3 Keistimewaan Puasa 6 di Bulan SYAWAL
August 09, 2013
Salam Syawal..
Dalam duk berseronok beraya, jangan lupa diet supaya perut yang slim semasa Ramadhan maintain slim yer. Cara paling senang kembali ke berat badan asal setelah berhempas pulas makan rendang, masak lodeh, nasi dagang dan pelbagai makanan yang berLEMAK adalah dengan BERPUASA 6. Cikgu Norazimah cedok artikel menarik dari SINI.
3 KEISTIMEWAAN PUASA 6
1. Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun
: Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi S.A.W menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah S.W.T sebanyak 10 kali ganda.
: Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadhan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan! Puasa 6 hari Syawal digandakan 10 bersamaan 60 hari dan bersamaan 2 bulan. Oleh itu, puasa Ramadhan ditambah 6 hari di bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.
2. Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada bulan Ramadhan
: Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan puasa 6 hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan yang terdapat padanya.
3. Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain
: Dengan mensyariatkan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat 6 hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan yang akan datang.
Wallahualam..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
ReplyDeleteHotlink satu
iskandarx[dot]com
Selamat Hari Raya CN :)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.