Monday Blues Hanya Tanggapan

July 01, 2013

Salam 1 Malaysia

Hari ini hari Isnin, Cikgu Norazimah mengucapkan selamat kembali bekerja setelah bercuti 2 hari..chewah ! Ramai yang cakap hari Isnin xde mood nk keje, monday blues katakan ! Tapi, anda semua termasuk Cikgu Norazimah perlu melawan perasaan monday blues tu ! Bagaimana ? Meh tengok tips2 yang Cikgu Norazimah dapat dari Majalah Nur Edisi Jun. 

1. Ia hanyalah KONSEP
: Monday blues adalah konsep dan satu perasaan sahaja. Lebih banyak anda memikirkannya maka ia akan menjadikan perasaan itu lebih teruk. Usah dilayan perasaan ini, keluarkan perasaan itu dari fikiran !

2. Luangkan masa hirup udara luar
: Kadang kala berehat di luar atau balkoni pejabat boleh membantu. Terdapat kajian yang menyatakan cahaya matahari boleh merangsang hormon baik dan ia boleh membantu menangani monday blues.

3. Buat senarai to do pada hari Ahad
: Jika anda baru balik dari cuti yang panjang, gunakanlah sehari sebelum bekerja untuk mengemaskini senarai perkara yang perlu dibuat di tempat keje esok. Sebagai persediaan menghadapi hari esok, buatlah senarai baru untuk minggu baru.

4. Datang awal
: Mengakulah, kadangkala ia bukannya dari monday blues tetapi dorongan rasa malas dari dalam diri kita sendiri. Jadi mulakan hari isnin anda dengan awal dan lihat perubahannya. Pastikan anda bersarapan dan alami bagaimana ia boleh mempengaruhi mood anda di hari isnin nanti.

TIPS : Doa agar dimudahkan segala urusan
[ Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berikanlah petunjuk kepada kami dalam segala urusan kami dengan petunjuk hidayah dan pertolonganMu. Mudahkanlah segala urusan kami di dunia untuk akhirat. Ya Allah, permudahkanlah dan ku mohon jangan dipersulitkan kerana dikaulah yang Maha Mempermudah segala urusan, segala yang susah bagi kami adalah terlalu amat sangat mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah ia dengan segala kebaikan berkebajikan dengan rahmatMu, Ya Allah. Duhai yang Maha terlebih Mengasihi dari segala yang mengasihi. Amin ] 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

10 comments

  1. pada mama, tiada istilah monday blues ni.. semua hari sama je.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ! tapi biasanyer hari jumaat paling excited sebab balik kampung jmpa anak ! hehe

      Delete
  2. thanks for share,betul jugak.kadang kita dah set mind yang hari isnin je mesti malas.lepas ni kena ikut tips ni la^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takper..takmo mls2..keje untuk hidup yer, bukan hidup untuk keje ! peace ;)

      Delete
  3. mesti ada semangat kerja...

    ReplyDelete
  4. salam cikgu.saya pun tak tau kenapa ada istilah monday blues..tu sebab status saya semalam...say no to monday blues.saya selalu excited nak pergi kerja masa isnin,sebab suka tengok semua busy dan kelam-kabut di pagi hari he3..nak bagi ada mood pergi kerja,pakai baju yang cantik dan warna yang ceria ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu ! tips dari cikgu norazimah, pastikan hari isnin pakai baju kaler ceria untuk bagi mood ceria..hehe

      Delete
  5. ooo saya xde dalam ini list coz Monday saya coti
    hehehe

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.