Kari KEPALA Ikan Berkasih Sayang !

July 08, 2013

KARI KEPALA IKAN

KARI KEPALA IKAN

Salam..

Amvoi ! Kemain lagi nama menu Cikgu Norazimah kan? Teringin gak nak ada restoran sendiri, nama menu semestinya vouge dan glamer gitew..hokay tak? Actually, sepanjang 2 tahun lebih kawen dgn En. Arep, ni ler kali pertama masak kari kepala ikan ! Sebelum ni tak pernah masak sebab adik2 Cikgu Norazimah tak reti makan kepala ikan ni. Bila masuk family En. Arep macam2 menu Cikgu Norazimah melantak ! Hehehe

Sebelum ni mak mertua jer yang masakkan kari kepala ikan, tapi sebab 10 Jun haritu, mak mertua telah kembali ke rahmatullah (cerita di SINI).. Cikgu Norazimah cuba memasak kari kepala ikan ala kedai mamak di mana tanpa menggunakan santan ! Memang pekat dan pedas ! Agak bangga dengan diri sendiri sebab berjaya memasak kari kepala ikan dengan rasa yang agak vouge (chewah! ). Masa arwah mak ada, pernah gak tolong mak masak kari kepala ikan, kira tahu ler cara2 memasaknyer, cuma tak pernah try sendiri jer. Atas permintaan ayah mertua minta masakkan kari kepala ikan siakap yang dipancingnya, Cikgu Norazimah cuba memasak dengan penuh kasih sayang..dan hasilnya memang awesome ! Betul orang cakap, kalau kita masak dgn penuh kasih sayang, semestinya hasil masakan kita menjadi bertambah2 sedap !

Hokay..cara2 memasaknya sangat ler simple..janji mesti masak dengan penuh kasih sayang baru jadi yer !

KARI KEPALA IKAN BERKASIH SAYANG

Bahan-bahan :

(bahan-bahan dikisar)
1 biji bawang beso
5 ulas bawang putih
10 ulas cili padi (optional nk bagi pedas, tak nak pun takper)
beberapa inci halia
.....................................................................................................
2 kepala ikan yang dipotong 2 (nak lebih boleh, terpulang pada u all dan digoreng separuh masak untuk mengelakkan hancur semasa memasak)
rempah kari ikan (terpulang brand apa u all nak)
1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
sedikit air asam jawa
beberapa batang daun kari
gula dan garam
2 biji tomato / bendi

Cara memasak :

1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Masukkan daun kari, kayu manis dan bunga lawang. Kaco2 jab.
2. Masukkan bahan2 kisaran dan masak sehingga kekuningan.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dicampur dengan air. Masak sehingga naik minyak. (Note : Rempah yang dimasak sekejab akan menyebabkan u all sakit perut. Better tumis lama2 rempah ni yer )
4. Lepas tu, masukkan air asam jawa. Kaco2 dan kemudian masukkan air sedikit. (Ikut u all, kalau nk pekat, air sikit jer, nak cair, air banyak sikit)
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masukkan ikan dan tomato
7. Biar sehingga mendidih......siap dah !

You Might Also Like

2 comments

  1. kari ikan ke kari kepala ikan mmg wajib ada lam menu el..smggu 2 3 kali gak wat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kari mmg kegemaran family z gak, cuma kari kepala ikan tak berapa suka nak masak sbb tak elok makan kepala ikan..hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.