JJCM : Kedai Makan Upin & Ipin (Taman Melati Utama)

July 13, 2013

Salam 1 Malaysia..

Selamat berpuasa semua ! Sebenarnya dah lama nk update cerita pasal Kedai Makan Upin Ipin, tapi sebab sibok dengan kerja sekolah, baru hari ni dapat update cerita ni. Hokay..alkisahnya, sehari sebelum pose iaitu hari selasa yang lalu, Cikgu Norazimah, Kak Su, Kak Pe'ah dan family telah menjejakkan kaki ke KPM Putajaya untuk rayuan pertukaran. Dah jadi rutin kami, setiap kali lepas kuar result pertukaran, kalau tak dapat tukar, mesti ke Putrajaya untuk rayuan. Cuma mampu berusaha dan berdoa, selebihnya berserah kepada takdir-Nya.

Balik jer dari Putrajaya, dekat MRR2 si Adam anak Kak Pe'ah teringat tentang kedai makan upin ipin sebab dia pernah pegi dulu. Budak 4 tahun tu siap tunjuk lagi kedai tu tau ! Tak nak bagi Adam kecewa, kitorang pon hokay jer makan kat situ. Kak Pe'ah pernah ada bad history kat kedai makan tu sebab sebelum ni, dia ada order food tapi tak sedap langsung ! Tapi takper, cuba menu lain lak kali ni yer. 

Kedai Makan Upin Ipin ni ada banyak cawangan, salah satu adalah di Taman Melati Utama berhadapan dengan MRR2 sebaris dengan Petronas dan area situ ada banyak kedai makan best ! Hokay, ni first time Cikgu Norazimah ke sini. 

Kelebihan :
  • Dekorasi simple. Ada lukisan dinding yang sangat cantik ! Suka sangat dan sesuai untuk bawak kanak2
  • Ada dijual barang2 berkaitan dengan Upin Ipin memudahkan anak2 leka dengan barang2 Upin Ipin dalam masa yang sama, mak bapak budak boleh makan dengan aman..hehe
  • WAJIB ditayang cerita Upin Ipin..ini pun bagus sebab anak2 tak buat hal. Dorang akan diam jer tengok kartun tu, senang mak bapak budak makan dengan selesa..ahaks~
  • Nasi Lemak Ayam Rendang yang Cikgu Norazimah dan Kak Su order memang SEDAP ! Sambalnyer pedas dan kick ! Memang sedap ler..
Kelemahan :
  • Minuman lambat sampai ! Kitorang dah ler kelaparan masa tu, tunggu air 15 minit pon tak dapat lagi, tak ke tensen?
  • Cikgu Norazimah order soya cincau..serius memang tak sedap ! Kak Su lak order teh ais, lagi dasyat, cairrrr bebenor, nampak sangat dorang jimat teh ! Hehe
  • Mee Rebus yang Kak Pe'ah order serius tak sedap sebab kuahnya cair dan rasa pedas jer, bak cakap Kak Pe'ah "Terkena lagi akak ! Mesti order menu yang tak sedap"..kesiannn 
  • Signature menu adalah Ayam Goreng Upin Ipin..tapi hari kitorang pergi boleh lak takde benda ni..padahal itu adalah signature kedai makan tu, tak patut ler kan..sabo jela...
Rating :
3 bintang dari 5 bintang !

Dekorasi yang simple dan menarik. Tengok Adam kemain kusyuk tengok cerita Upin Ipin.


Aisyah tepuk tangan ler amik gambo ngn Cikgu Norazimah ! Ala omel..


Nasi Lemak Ayam Rendang yang SEDAP ! Tak rugi order benda ni. 


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

2 comments

  1. lau anak2 el pergi sini..sudahnya x makan weols..budak2 tu asik ngan upin ipin nak itu nak ini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! tapi hokay ler sebagai reward kalo dorang pose penuh, hokay tak?

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.