Hari Bertemu Pelanggan (Report Card Day)
July 21, 2013
Salam Ramadhan..
Sabtu lepas di adakan Hari Bertemu Pelanggan atau Report Card Day di mana ibubapa diminta datang ke sekolah untuk mengambil report card anak2 dan berbincang dengan guru kelas tentang anak mereka. Alhamdulilah, kelas 1R mencatatkan 91% kehadiran ibubapa pada hari tersebut di mana cuma 4 orang pelajar dari 46 sahaja yang tidak datang bersama ibubapa atas pelbagai alasan. Itu termasuklah kes seorang pelajar yang cuti seminggu lebih ke India atas urusan sembahyang. Boleh dibanggakan sebab ada kelas lain yang separuh sahaja ibubapa yang datang.
Apakah rahsianya Cikgu Norazimah berjaya 'memaksa' ibubapa bebudak 1R ni datang ke sekolah pada hari Sabtu tu?
1. Pelajar Tingkatan 1 kan omel2..dorang ni still macam bebudak sekolah rendah, apa yang cikgu cakap adalah betul ! So bila cikgu cakap ibubapa mesti datang sabtu ni..dorang pun paksa ler ibubapa dorang datang sabtu ni..hehehehe
2. Cikgu Norazimah telah berpesan kepada pelajar, kalau ibubapa tak datang sabtu ni, ibubapa dorang kena datang sekolah dan jumpa Cikgu Norazimah minggu depan untuk amik report card. Kalau datang minggu depan, masa yang ada adalah BANYAK berbanding masa lebih kurang 3 minit untuk seorang ibubapa pada hari sabtu ! Jika mereka nk Cikgu Norazimah bercerita banyak tentang mereka, boleh ler datang minggu depan. Kalau takut, datang ler sabtu ni, Cikgu Norazimah tak kan larat bercerita banyak ! [pandai kan cikgu?]
Kesimpulannya, ibubapa bebudak 1R 2013 tak banyak kerenah dan mudah untuk diuruskan seperti anak2 mereka. Jika ada komplein, Cikgu Norazimah dapat menjawab dengan tepat dan bernas ! Masa yang ditetapkan pun cukup sampai 12 tengah hari..TAPI..serius haus dan kepenatan! Dah ler pose hari tu, cakap lak banyak, memang kehausan ! Selamat iman kuat lagi..hehe
Seperti biasa, gambo bajet comel dalam toilet dulu..hehe
Cikgu Norazimah tengah kusyuk menjalankan tugas
Suasana di dalam dewan untuk Tingkatan 1 -3
Sementara tunggu turn, boleh layan video dulu
Kaunter Pengetua dan PK1 untuk pelajar yang bermasalah
Suasana di dalam bilik kokurikulum untuk Tingkatan 4 dan 5
Sini pun ada tayangan video untuk menghilangkan bosan
Booth YES untuk pertanyaan berkaitan dengan FROG VLE dan ada dijual pelbagai gadget
Penerangan tentang FROG VLE dari pegawai YES
Nama pelajar dalam kategori BERLIAN dipaparkan di sini
Salam RAMADHAN
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
10 comments
oleh itu rmilah murid yg takut dtg mggu dpn
ReplyDeletediorg dtg sabtu ni..xdelah cikgu norazimah ngomel pjg2 hehe
takut deme ea..cleverlah
hehe..cikgu kena clever yer! hehe
DeleteHahaha pandai cikgu guna saiko yer
ReplyDeletebudak2 ni kena pandai guna saiko yer..ahaks ~
Deletebestnye... hehe
ReplyDeletehari isnin ni hana terlibat dengan ibu bapa juga.. mcm mana la kan.. feztime ni..
yang penting muka kena confident yer hana ! hehe
Deleteitu yang lemah.. hehe
Deletesalam ramadhan cikgu ! :)
ReplyDeleteMeriahnya... Kami dh buat sblm ramadhan...tpi biasa ibu bpa yg dtg..pljrnye yg dtg...klu cnfirm mak bapak xleh dtg...pljrnya pun x dtg... Huhu
ReplyDeleteform 1 masih nk dgr kata lg ciku yer..nnt dh naik form 3,tgk lah cmner..he..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.