Book Review : Projek Memikat Suami
July 24, 2013
Novel Projek Memikat Suami
Salam Ramadhan..
Sebelum puasa lagi Cikgu Norazimah dah 'khatam' Novel Projek Memikat Suami ni, cuma tak sempat nk buat review jer. Hokay...penulis novel ni adalah penulis yang 'low profile' sebab takde pon gambar dia dekat belakang novel ni. TAPI..hasil penulisannya memang BEST. Cuma tak sesuai untuk budak2 bawah 18 tahun sebab terlalu banyak adegan orang kawin ! Cikgu Norazimah risau budak2 yang tak kawin lagi ni asyik sibuk nk tiru adegan 'NOW' dalam novel ni. Kalau korang baca novel ni, mesti korang akan faham maksud 'NOW' yang sangat2 tersirat! Hehehe
[Sinopsis Novel Projek Memikat Suami]
[Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia]
" Jangan menyesal little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you for every day of our married life, you will regret what you have done now!" Zahrain Alimin
[Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya yang lebih dikenali sebagai master-ji dan side-kick]
"Buat apa kalau Puan Sri berkenan tapi tuan punya badan tidak!" Nawwal Husna
"Una tak pernah berfikir ke kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?" Najla
[Berjayakan Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul air beku, Zahrain Alimin? Bolehkan ketul ais beku ini dicairkan?]
"Sayang..abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu" Zahrain Alimin
[Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia !]
Amacam? Menggoda tak Novel Projek Memikat Suami ni? Projek memikat suami dalam novel ni memang praktikal dan boleh ditiru. Cuma malu tak malu jer...ahaks ! Pendek kata, novel ini sesuai untuk bacaan wanita yang dah kahwin sebagai panduan untuk memikat suami ! Taknak cerita kat sini projek2 memikat suami yang dijalankan Nawwal Husna..malu ler...hehehe. U all kena beli sendiri novel ni yer, cuma RM21 jer !
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
6 comments
amboiii romenlentik sgt aihhhh
ReplyDeletehahahaha
hahaha ! bulan pose ni kena jaga perangai sikit, tak leh romenlentik sangat ! hehe
Deletemacam best sinopsis dia..
ReplyDeletenovel ni mmg best, tak rugi baca tau
ReplyDeletesinggah baca-baca...
ReplyDeleteDIGI SATU....
Dah baca dah...memang best...tengok drama nya..lagi lah meroyan.....kekeke
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.