Sayang..anak kita di dalam koma ! Tak guna kita mencari siapa yang salah..
June 21, 2013
[Sumber cerita di SINI]
Setelah berkahwin 20 tahun, akhirnya sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata bernama Musa. Anak lelaki itu menjadi fokus kehidupan Pak Jamal dan Kak Ros. Suatu hari, Pak Jamal terlihat sebotol ubat tidak tertutup di atas meja. Oleh kerana Pak Jamal sudah terlewat ke tempat kerja, Pak Jamal memesan isterinya untuk menutup botol ubat tersebut. Kak Ros yang sibuk dengan kerja2 rumah tangga terlupa akan pesanan suaminya. Musa yang berusia 2 tahun ketika itu melihat botol tersebut dan tertarik dengan warna ubat telah mengambil botol itu dan minum semua ubat! Ubat itu berupa racun dan hanya boleh dimakan orang dewasa pada kadar yang kecil.
Musa pengsan ! Kak Ros menjadi panik dan terus memandu kereta melanggar pagar rumah terus ke hospital. Setiba di hospital, muka Musa amat keputihan. Anaknya sudah berada dalam keadaan koma. Kak Ros sangat terkejut dan takut. Bagaimana saya nak menghadapi suami saya?
Pak Jamal yang sayu tiba di hospital melihat anaknya sedang diselamatkan di dalam bilik pembedahan. Pak Jamal melihat Kak Ros yang penuh dengan air mata dan ketakutan. Sebelum Kak Ros ingin menjelaskan apa2, Pak Jamal terus memeluknya dan berkata "Abang sayang Ros !" sambil mencium dahinya. Kak Ros terkejut dengan sikap suaminya yang tidak berang kerana kecuaiannya tidak menutup ubat botol seperti yang disuruh.
"Ayang yang salah ! Abang salahkan sayang saja. Ayang lupa pesanan abang minta tutup botol ubat. Sekarang ayang rasa amat menyesal dan bersalah menangguhkan kerja." Kata Kak Ros yang mengharapkan suaminya memarahinya supaya dia boleh merasa lega atas kesilapannya.
"Ayang..anak kita di dalam koma. Tak guan kita mencari siapa yang salah. Kalau abang tadi ambil masa 30 saat untuk tutup semula botol ubat tadi, semua ni pun tak akan terjadi. Tiada gunanya mencari siapa yang salah apabila perkara sudahpun berlaku. Kita hanya boleh berdoa mengharapkan terbaik daripada Allah sekarang. " Jelas Pak Jamal.
Kak Ros sangat tersentuh dengan kata2 Pak Jamal lalu memeluknya erat sambil memegang tangannya menunggu keputusan doktor. Setelah 6 jam bertarung, doktor memaklumkan pada Pak Jamal dan Kak Ros bahawa anak mereka dapat diselamatkan....
[MORAL OF THE STORY]
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, manusia lazimnya suka menghabiskan banyak waktu untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan-samada di tempat kerja dalam hubungan keluarga, suami isteri mahupun persahabatan sehinggakan kita terlupa pentingnya silaturahim antara manusia perlu dipelihara.
Ramai terlupa memaafkan seseorang sebenarnya perkara yang paling mudah di dunia daripada menyimpan dendam dan marah. Manusia perlu belajar menghargai apa yang ada. Jangan lipatgandakan kesakitan, keperitan dan kesengsaraan dengan berpegang kepada sikap sudah memaafkan.
Lepaskan segala rasa dengki, cemburu, tidak rela memaafkan, mementingkan diri sendiri, ketakutan pada perkara yang tidak tahu dan anda akan mendapati segara perkara di dunia ini sebenarnya mudah !
Seperti Pak Jamal, dia mengetahui apa yang Kak Ros perlukan pada waktu anaknya sedang koma dan diselamatkan oleh para doktor ialah kasih sayang dan ambil berat dan sokongan dan bukannya seorang suami yang menyalahkan isteri atas kecuaiannya.
ALLAH yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Jika ALLAH menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan DIA sendiri. Dan jika DIA mendatangkan kebaikan kepadamu, maka DIAlah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” - Surah Al-An’am: 17
[ Semoga Cikgu Norazimah dapat memaafkan kesilapan si dia yang telah menyebabkan kematian kepada mak mertua..insya Allah ]
10 comments
itulah lumrah manusia...suka menunding jari kepada orang lain...walhal...tidak sepatutnya kita sebagai orang yang berakal dan waras berkelakuan begitu... sebenarnya bila sesuatu terjadi bukan semestinya salah orang lain dan bukan semestinya salah kita... berbalik kepada ketentuan dan kehendak Allah SWT...
ReplyDeletebetul tu Farah..kita manusia susah untuk menerima salah sendiri, semoga jadi ikhtibar untuk kita..akak pun dalam proses untuk membersihkan hati maafkan orang lain..susah tu dik !
DeleteAssalamualaikum kak, subhanallah. kak, sheila pun dalam proses nak memaafkan seseorang. sheila rasa tak patut kita berdendam atau menyalahkan orang. mari kita beristiqamah bersama ye kak :)
ReplyDeletebetul tu dik..tak guna kita berdendam, buat hati jadi hitam jer, semoga kita sama2 berubah menjadi seorang yang pemaaf..amin
DeleteYa Allah...besar sungguh kuasaMu.. betul tu..dalam situasi macam tu, bergaduh untuk mencari salah siapa adalah sesuatu yang merugikan.ptutnya kita sokong antara 1 sama lain.
ReplyDeletewalaupun kita ada melakukan perkara yang mungkin mengadai nyawa..kadang kala ianya berlaku secara tak sengaja.
itulah, lumrah manusia mmg mudah menyalahkan orang lain, semoga cerita ni jadi tauladan untuk kita semua
DeleteMemaafkan mudah ... Melupakan tu agak susah ...
ReplyDeletebetul tu !
DeleteOwh.. Terbaca kisah ni kt fb.. Betullah tu... Jgn cari siapa slh..tpi perbaiki apa yg x betul..
ReplyDeletebetui tu, just perkongsian sesama manusia
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.