Movie Review : Epic

June 06, 2013

Filem Animasi Epic Best


Salam..

Sempena cuti skola ni, sajer2 layan movie bawak Irfan ! Serius, ni kali pertama bawak Irfan tengok movie. Memang berserah ler kalau Irfan buat hal. Tapi alhamdulilah, sepanjang tengok movie tu, budak bambam ni elok jer tidur, cuma bangun sekejab2 nak shushu lepas tu duduk jab tengok movie, takut2, pastu sambung minum shushu sampai tertidur sampai habis citer ! Best kan? Hehehe..

Agak lama sebenarnya tak tgk wayang ni, last sebelum preggy, tahun 2011 dekat Alamanda..cher tengok, lama kan? Niat sebenar, nak jalan2 jer dekat Jusco Bukit Tinggi, tiba2 En. Suami buat usul BERNAS, "Jom sayang kita tengok wayang !" Cikgu Norazimah dengan pantas dan tangkas, terus "NAK ! NAK !" dengan muka comey. Disebabkan tak bawak jaket untuk Irfan, terus shoping jaket untuk anak tersayang. Yela, sejuk bebenor dalam panggung tu untuk seorang baby walaupun baby tu banyak lemak !! Ahaks ~

Disebabkan bawak baby, kitorang decide nk tengok kartun jer walaupun hakikatnya Irfan tak faham apa2 yang kita tengok, tapi kena ler jaga penglihatan dia kan, kan? Dalam panggung tu, mmg banyak orang bawak  anak2. Serius, citer ni memang best ! CGI dia memang superb ! Macam real ! Kalau mcm ni ler teknologi, boleh nangis pelakon tak ada job..hehe

Filem Animasi Epic Best mengisahkan seorang saintis Bomba yg sibok mengkaji ttg dunia org kerdil. Dia ada anak nama MK. MK ni tak cayer hasil kajian bapanya sampai ler suatu hari, MK ni menjadi orang kerdil atas sebab RAHSIA [nak tahu kena tgk sendiri..hehe] Watak MK ni mmg comel, jiwa remaja yang suka memberontak tapi berani. Dalam dunia kerdil ni, Cikgu Norazimah paling suka part NOD [jejaka kerdil yang hensem tapi degil] berebut untuk mengorat MK dengan sekor lintah yang confiden hensem. Serius, lintah tu kan lembik2 dan gemok2, tapi confiden jer mengorat MK. Salute betul dengan lintah tu, Cikgu Norazimah rasa, jejaka2 di luar sana patut belajar sikap confiden dari lintah ni [boleh ker? hehe] 

Hokay ler, tak rugi tengok citer ni. Bawak ler anak2, anak2 sedara untuk menonton citer Epic ni sempena cuti sekolah ni untuk merapatkan hubungan antara korang. ;)

Filem Animasi Epic Best
Watak2 dalam cerita EPIC 

Filem Animasi Epic Best
Budak bambam yang baik bagi mama & papa dating2 tengok wayang..mmuanx !


~ Manfaat kan cuti anda bersama TERSAYANG : Pesanan ikhlas dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. layan ler, mmg comel..sesuai ditonton seisi keluarga..ahaks

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.