Mak oii ! Sakitnyer Irfan gigit !

June 28, 2013

TIPS Elak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

Mommies semua, siapa yang pernah kena gigit nenen ngn baby yang ada 7 batang gigi sila angkat tangan !!  Serius sakit kan? Menjerit Cikgu Norazimah bila kena gigit ngn Irfan ! Tapi yang geram, si Irfan bambam tu boleh tertawa riang dengar mama dia menjerit. Memang DNA En. Arep sebab suka menyakat orang bagi menjerit..isy2. So Cikgu Norazimah cari le artikel macam mana nak mengelak baby gigit nenen ni. Terjumpa tips dari MamaQaireen. Thanks yer..tips yang sangat berguna ! Jom kita berusaha sama2 supaya tiada lagi gigitan terhadap nenen dari baby yang ada 7 batang gigi ! hehehehe

8 TIPS Elak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

1. Alihkan Bayi
: Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada nenen anda secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Cth : "Irfan, mama sakitlah ! ". Mungkin ketika itu perasaan marah membara-bara, namun cuba luahkan secara berhemah dan lemah lembut sebab bayi ni memang tak faham kesan akibat perbuatannya. Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
: Bila baby gigit jer, terus tekapkan muka dia rapat ke dada. Ini akan menyebabkannya sesak nafas lalu terus melepaskan gigitan. Sekiranya anda kerap lakukan panduan ini, lama kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. 

3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit. 
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi. 
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu. Tapi..tapi..Irfan lagi ketawa besar dengar mama dia menjerit ! Camne tu? Hehe


Budak bambam ada 7 batang gigi !

Gigi yang sangat omel ! hehe

Muka tak puas hati kena babap dengan mama sebab geget nenen!

Habis berkerut dahi budak bambam ni..isy2..geram !

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.