JJCM : D' Arab Cafe, Banting

June 11, 2013

JJCM : D' Arab Cafe, Banting

JJCM bersiaran kembali dari Banting ! Kali ini, kita ke restoran makanan arab yang shedap & murah di Banting. [blog Cikgu Norazimah ni asyik cerita pasal tempat makan di Banting je kan? Boleh apply jadi duta Banting ni..hehe] 

Hokay, restoran yang menjadi pilihan Cikgu Norazimah untuk segmen JJCM adalah D' Arab Cafe yang terletak berhadapan dengan uptown Banting. Actually, restoran ni ada banyak cawangan. Korang boleh tengok page FB untuk tahu lokasi yang terdekat. Restoran ni menawarkan pelbagai makanan dari Timur Tengah dengan pakej harga yang menarik.

Sempena mak mertua dapat elaun hasil PRU 13 yang lalu, beliau dengan sukacita membelanja kitorang makan nasi arab di D' Arab Cafe, Banting. Hidangan yang kitorang makan ni adalah Combo meal nasi kabsah + lamb + chicken + free 3 air sirap limau ais. Disebabkan nasi arab ni agak muak, memang sesuai disulam dengan sirap limau ais. Korang bayangkan, hidangan ini untuk 3 orang, tapi kitorang makan untuk 5 orang termasuk Irfan !! Hehe

Nasi arab yang telah separuh dibahagikan..hehe

Atuk Irfan tengah 'jual minyak' dekat aweks..ahaks

Omei kan atuk Irfan ? Sebelah tu, paksu Irfan yang malu bergambo

Dekorasi..simple dan menarik

Ini ler rupa kedai D' Arab Cafe , betul2 depan uptown Banting..meh ler ke sini !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

10 comments

  1. Assalamualaikum kak, jauhnya nak jalan sana tak larat nak minta suami drive pergi situ. hihihi ;p Sila jadi Duta Banting kak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, nak apply jadi duta banting hokay gak kan? ahaks

      Delete
  2. yummylicious...tapi tempatnya boleh tahan jauh jugak tu...

    ReplyDelete
  3. tak silap z, ada banyak cawangan kedai ni,leh try google cari..hehe

    ReplyDelete
  4. Alaa blanje la kte lak.hehe

    ReplyDelete
  5. xminat tgk nasi arab tu
    yg paling menyerlah atuk irfan
    comel betul..pttlah irfan pun comel

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.