8 Pahala untuk ISTERI
June 08, 2013
Gambar hiasan : Saat manis ketika sah bergelar seorang ISTERI
Salam 1 Malaysia
Sempena Jumaat yang mulia, Cikgu Norazimah ingin berkongsi dengan anda semua 8 pahala untuk seorang ISTERI :
1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun
2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah
3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin
4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad
5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami menjadi tasbih (zikir)
6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya
7. Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga (Hadis Riwayat Tarmizi)
8. Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka hendaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
~ Pesanan khidmat masyarakat dari Cikgu Norazimah ~
2 comments
untung bebenor jd isteri ni..
ReplyDeletekna cpt2 rebut peluang ni..
mmg beruntung jadi isteri ni...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.