Book Review : Chocolate Mousse vs Cheese Cake

May 04, 2013

Novel Chocolate Mousse vs Cheese Cake Best

Novel Chocolate Mousse vs Cheese Cake Best

Salam ceria..

Sekarang, PBS merupakan topik hangat cikgu2 di sekolah untuk buat ketupat dan meluahkan perasaan ketidakpuasan hati termasuklah Cikgu Norazimah. Walau bagaimanapun (chewah! ayat begitu sekali)..PBS juga tidak menggangu hobi Cikgu Norazimah yang suka membaca novel tapi tidak suka membeli novel..hehe. Rasa macam nak buat review tentang novel best dari penulis baru. Yeke baru atau aku baru je kenal novelis ni? Its hokay..serius novel ni memang best ! Tips dari Cikgu Norazimah, kalau u all nak beli novel yang best, pastikan harga novel tu RM19.90 dan ke atas ! Biasanya BEST ! ;)

Okay, novel Novel Chocolate Mousse vs Cheese Cake aku pinjam dari sorang student yang COMEL (bodek sikit!) iaitu Sharifah Auni dari 2Y... mengisahkan tentang perkahwinan tanpa cinta antara Amnani & Zhafri. (actually, Zhafri ni mmg suka kan Amnani masa mula2 jumpa ala2 cinta pandang pertama, tapi taknak mengaku, korang akan tahu bila dah nak habis baca tentang kenapa Zhafri nak kwen dengan Amnani ni). Happy ending story dan cerita yang COMEL ! Banyak dialog yang mampu buat aku ketawa sorang2 masa baca novel ni sampai terlupa nak tanda buku budak..hehe.

Cerita dalam Novel Chocolate Mousse vs Cheese Cake Best macam cerita kat novel2 yang banyak kat popular tu tentang ego dan cinta. Tapi cara penyampaian penulis sempoi dan ringan. Masa baca sampai ter emo duk sakit hati dengan Zhafri dan Hakimi yang sengal ubi kayu ! Korang bayangkan terer kan penulis ni leh main2 kan perasaan Cikgu Norazimah masa baca novel ni? Memang superb ler ! Actually, Cikgu Norazimah ni yang jiwang..hahahah

Hokay..kat bawah ni adalah sinopsis Novel Chocolate Mousse vs Cheese Cake Best, aku malas nak cerita panjang2..just nak share yang buku ni BEST ! hehe

[ Rasa cinta Amnani pada Hakimi yang sudah lama terpendam akhirnya terbalas setelah Hakimi melamarnya. Namun semua itu hanya mimpi bila Hakimi sebenarnya berniat untuk mengkhianatinya sehingga dia terpaksa hidup merempat. Kehadiran Zhafri, lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini datang menghulurkan bantuan tapi dengan syarat; dia harus mengahwini lelaki itu. Apakan daya, dia tak mampu menolak biarpun dia benci pada lelaki itu. Huluran Zhafri disambut tanpa dia sedari yang lelaki itu sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Ketenangan hidupnya diganggu Hakimi bila lelaki itu datang semula menghulurkan kemaafan dan menagih kasih padanya. Hatinya berbelah bagi hendak memilih satu antara dua. Antara cinta pertama atau kewajipannya sebagai seorang isteri. Antara Chocolate Mousse atau Cheese Cake. Mana satukah pilihannya? ]

[ Amnani terngadah. Dia terkebil-kebil memandang ke arah Zhafri. Lorr… aku dah salah faham ke? Aisey! Macam mana boleh tersilap ni! Wait a minute! Isteri? Siapa isteri kau? No way! Tak ingin aku nak jadi isteri kau laa! ~ Amnani ]

[ Lagi abang suka sebab isteri abang sendiri sanggup pinangkan wanita lain untuk abang. Tak payahlah susah-susah nak suruh orang lain. Bertuah abang dapat isteri sporting macam Nani ni. Isteri solehahlah katakan. ~ Zhafri ]

[ “Niat abang baik. Abang nak jaga Nani seumur hidup abang. Lagipun, abang rasa Nanilah yang terbaik buat abang.” - Hakimi ]


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Heheheh...mcm2 tajuk novel utk menarik si pembaca kan. BTW nice. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, target adalah budak sekolah..mmg sesuai sgt tajut yg comei2 ni..hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.