SALAH cikgu ke ?
April 25, 2013
" Disiplin pelajar adalah bayangan didikan pendidik (guru dan ibu bapa). Jika pelajar dilabel sebagai bermasalah, sebenarnya pendidik itu yang bermasalah "
[ Dr. Rubiah K. Hamzah : Pakar motivasi keluarga ]
Salam..
Agak hangat topik yang ingin dikupas oleh Cikgu Norazimah kali ni. Apa pendapat korang tentang statement kat atas ? Panas tak ? Aku pun tak kenal siapa pakar motivasi ni. Bila tanya Mr. Google, baru tahu glamer juga Dr. ni.. untuk pengetahuan u all, Dr. Rubiah ni ada PHD dan merupakan penceramah yang glamer selain ada keluarkan buku motivasi sendiri (baru tahu jer ). Tapi.... korang rasa patut ke seorang penceramah motivasi mengeluarkan statement sebegitu ? Setakat semalam, dah 648 like dan 403 share tentang statement Dr. ni yang aku fikir sebagai MELAMPAU !!
Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan telah membuat banyak kajian tentang keluarga, aku rasa Dr. Rubiah sepatutnya tahu yang pelajar bermasalah disebabkan dari rumah. Tidak kisah ler masalah dari parents ke, suasana dari rumah ke..tapi yang pasti dari RUMAH ! Aku tak nafikan ada juga cikgu yang bermasalah, tapi itu bukan faktor kenapa pelajar tersebut bermasalah ! Kalau seseorang cikgu tu didapati bermasalah (tak kisah ler masalah apa), cikgu tersebut akan diberi surat amaran dan WAJIB jumpa kaunselor. Kalau masih lagi bermasalah, memang akan kena transfer le ke mana2..nasib tak baik, akan diberhentikan. Tapi tak banyak pun kes macam tu, dalam 5% jer ! Selebihnya adalah cikgu yang berkualiti dan telah diberi amaran supaya jangan 'sentuh' pelajar ! Hanya pengetua dan guru disiplin yang dibenarkan untuk merotan pelajar.
Persoalannya sekarang, adakah guru yang tidak dibenarkan untuk 'sentuh' pelajar ini menyebabkan pelajar itu bermasalah?
Agak sakit hati dengan statement Dr. Rubiah ni kan? Kalau korang yang bukan cikgu pun dengar sakit hati, lagi la aku yang cikgu ni. Sikit2 cikgu salah..pelajar tak pandai, cikgu salah, pelajar nakal, cikgu salah. Aku rasa nak cabar jer Dr. Rubiah ni mengajar kejab pelajar Tingkatan 1 kat sekolah aku ni. Tak payah sehari, cukup ler 1 period tengok dia mampu sabar tak dengan budak, boleh handle tak budak? Cakap memang senang, tapi tugas seorang guru bukan mudah seperti yang dibayangkan. Aku pernah bekerja sebagai Executive IT sebelum posting jadi cikgu. Deal dengan komputer lagi SENANG dari deal dengan student ! Tapi disebabkan oleh minat yang mendalam dalam dunia pendidikan, aku tinggalkan keje sebagai Executive IT yang selalu out station kepada GURU yang menghadap pelajar. Aku tak pernah menyesal jadi seorang guru! Tapi aku terkilan dengan tanggapan sesetengah masyarakat yang selalu salahkan cikgu dalam semua hal!
Oklah, aku taknak marah2, buat naik kedut kat dahi dan lagi cepat tua jer. Kepada Dr. Rubiah, jika anda seorang profesional, sila turun padang dan cuba menyelami nasib kami guru2 ni. Jangan asyik salahkan guru dalam semua hal. Kami guru-guru telah jalankan tugas yang diberi dengan penuh dedikasi. Tolong jangan jatuhkan semangat kami guru-guru untuk terus mendidik anak bangsa dengan statement anda yang #$@&^.
~ Cikgu Norazimah bangga menjadi seorang cikgu ~
18 comments
slm n morning cikgu!owh saya pun krg setuju artikel tu.3 org anak saya sekolah,saya sdri sbg ibu sllu nshtkan diorg itu ini.biasalah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.jgn sbb ada kes yg melibatkn seorg guru,maka semua dilabel yg negatif je.
ReplyDeletesaya sdri kdg2 hlg fokus dan kesabaran mengajar ank di rumah,apatah lg seorg guru yg byk komitmen bkn setakat dgn keluarga.sbr ye cikgu :)
thanks yer atas kata2 semangat tu ! apa2 pun orang cakap, yang penting, sy telah menjalankan tugas sy sebagai seorang pendidik ! cikgu norazimah bangga menjadi seorang cikgu, bukan senang tau nak jadi cikgu ni
Deletependidik kat situ maknya ibu bapa dan guru ek..
ReplyDeletependapat hana, murid tu sendiri yang bermasalah sebab terpengaruh dengan rakan.
betul hana, ada banyak faktor sebenarnya untuk kes pelajar yang bermasalah, paling banyak adalah berpunca dari rumah ! jadi kenapa mesti salahkan cikgu juga kalau pelajar itu bermasalah? Dr. Rubiah kena jawab soalan akk ni !
Deletebesar tanggungjawab seorang pendidik.... huhuhuhu sangatlah besar
ReplyDeletetahu takper..cian kami cikgu2 ni asyik kena jer
Deletesanagt2 x bersetuju dengan artikel tu...!! pendidikan awal bermula dari rumah... So x payahla letakkan bulat2 masalah disiplin pelajar tu disebabkan guru nye yg bermasalah ... amboi3...
ReplyDelete*walaupun sy bukan cikgu, nak sentap jugak* hahaha :)
tu ler ! mari ler kita bersama2 sentap dgn statememnt Dr. Rubiah ni
Delete'Beliau' bercakap tak menggunakan kemampuan akal sebenar .. jika benar sekalipun..ini bukan caranya...
Deletebetul tu..ikut sedap mulut jer
Deletetak boleh salahkan cikgu semata mata.. salah kan pelajar tu sendri , sebab dia ada otak .. kalau mati besok masuk neraka kita nak salahkan Allah ? mana boleh. sebab Allah swt dah anugerahkan kita akal , hadith , al quran , nabi2 , para rasul yng mana mengajak umatnya melakukan kebaikkan .. bukan keburukkan ..
ReplyDeletepandainyer adek akak sorang ni !! bagus2..hehe
Deletesaya seorang guru..saya bangga tanpa riak jd guru..kini saya baru habis aktiviti program kepimpinan pengawas di kem plkn bukit besar pd pukul 12:30 tgh hari tetapi kini saya masih berada di luar pintu pagar sekolah untuk menunggu waris mengambil anak2 mereka..saya masih dlm pengajian master of counselling usm..walaupun penat terpaksa hadir kls mlm td tetapi saya tetap pulang ke kem pd pukul 12:00 utk menemani semua pelajar says bersama guru2 lain...adakah kami ini masih gagal berfungsi duhai si pakar motivasi?????mai la sekolah slakan dialukan sangat dan cuba rasa apa kami rasa..agak-agak la nk komen..ini bukan motivasi tapi motibasi..kami xmarah tegur kalau kena gaya teguran komunikasi dan kaedah berkesan..
ReplyDeletebetul cikgu ! tolong ler hargai jasa cikgu ni..niat kita ikhlas untuk mendidik anak bangsa, kalau dikira gaji, tak berbaloi dgn apa yang telah kami buat..tapi duit bukan segalanya ! kan2?
DeleteFYI DOKTOR..kami adalah guru di negeri jelapang padi namun demi tugas kami cuba lakukan sedaya upaya tanpa claim minyak,tanpa cuti maklumla cuti guru kan banyak..emmm tp ms cuti pun kami masih bekerja menghadap splg,saps,spbbs..kami tidak bersungut malahan alhamdulillah kerana pihak kerajaan sgt prihatin pd kami..jadi jika Doktor ingin rasa pengalaman membantu pelajar di sekolah..maila sekolah menengah harian yg ada pelbagai jns sikap dan tahap kefahaman pelajar..sangat menguji kesabaran seorang guru namun dalam hati kami mereka adalah penawar hati kami..walaupun tidak mendapat A atau band 6,tp sikap mereka yg ringan tulang dan tidak sombong membuatkan hati kami cukup bersyukur kerana terpilih utk membantu mendidik anak-anak di sekolah menengah harian:-)
ReplyDeletebetul ! sebab minat yang mendalam dan pelajar hargai cikgu, cukup buat kami cikgu2 ni ! kalau nk bercakap, please rasa dulu pengalaman menjadi guru ni baru tahu macam mana.. ;)
DeleteRasa mcm martabat guru dimain-mainkan oleh pakar mativasi ni. Kalau pakar tersebut bagus kenapa tak bagi kaunseling kepada semua pelajar yang bermasalah di seluruh Malaysia. kata hebat...hampeh...http://www.kickstory.net/2013/04/pakar-motivasi-yang-tidak-profesional.html
ReplyDeletebetul tu..kalau setakat cakap..semua orang boleh cakap kan? sabo jela
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.