Kondangan Anak Sedara : Iqbal & Hydayah

April 12, 2013

Salam ceria...

Masihkan korang ingat lagi maksud kondangan? Boleh rujuk entry SINI untuk cerita detail yer. Kali ni aku nk berkongsi dengan korang semua tentang kondangan jawa version. Disebabkan sudah 2 tahun lebih aku berkahwin dengan orang jawa..banyak perkataan jawa yang aku dah faham..kalau nak cakap sikit2 tu agak tidak confident sebab Mr. Hubby cakap macam orang asli cakap jawa !! Ada ke patut? isy2..

Berbalik kepada tajuk di atas, 5 - 6 April adalah hari perkahwinan anak sepupu Mr. Hubby [dah jadi mokcik aku yer..hehe]. Perasan tak, 2 hari yer majlis...hebat kan orang jawa ni? 5 April tu majlis bermula lepas maghrib sampai tgh malam ala-ala malam berinai, tapi ni belah lelaki tau. Memang kalau kenduri kahwin orang jawa, akan bermula dari sabtu malam sampai ahad petang..fuh ! Banyak tu kos..memang kaya ler dorang ni..hehe.

Kalau malam berinai, macam biasa ada kompang bila pengantin berarak, grand sikit bakar mercun kasi gempaq. Macam orang melayu gak, kenduri di siang hari ada perarakan pengantin di sertai dengan kompang dan silat. Yang special, goodies bag. Kalau aku pegi kondangan, normal ler dapat satu paket air kotak yang besar tu n paket sumi. Tapi bila tunjuk kat housemate orang Kelantan, dorang terkejut sebab kat sana takde bagi benda2 macam ni..betul ek? Aku tak pernah lak pergi kenduri kahwin dekat Kelantan, tak tahu ler macam mana. Hokay lak, banyak lak aku membebel, tengok ler gambar2 yang sempat di snap ni yer..ahaks~

 
~ Irfan & Asyraf : 2 pupu beza 4 bulan. Nampak nerd jer Irfan kan? Ala omei ~

~ Cake cutting pengantin remaja, Si Iqbal ni anak kedua, langkah bendul sebab akak dia pun tak kawen lagi..~ 

~ Mama & Ayah bersama Irfan yang tak sporting bergambar..sabo jela ~

~ Atuk & nenek yang sedondon..romantik gitew walaupun dah 'senior'..hehe ~

~ Cikgu Norazimah pun nak gak bergambo di pelamin. Chomel kan pelamin ni sebab kaler merah.. ~

~ Kompang session : Irfan pun nak main kompang gak sambil mengganggu atuk Idun nya ~

~ Korang bayangkan, orang main kompang yang bising2 tu Irfan boleh lak tertidur ! Hebat kan? Aweks comei ni Alia Farhana, 2 pupu Irfan ~

~ Ready to kondangan siang version : Snap2 sambil tunggu Mr. Hubby make up ~

~ Tak sampai setengah jam kat kondangan, Irfan boleh lak tidur lepas kekenyangan susu ~

~ Super daddy ! Bolah lak boys ni nak Mr. Hubby dukung..hamik ko ! Muka Irfan baru bangun tidur ni..hehe ~

~ Sesi bergambar bermula lagi..Cikgu Norazimah di pinggir rumah sambil tunggu ayam goreng siap digoreng..hehe ~

~ Irfan tersenyum riang..motip? ~

~ Eh ! Lagi senyum yer? Boleh lak budak bambam ni posing ala2 Cikgu Norazimah..isy2 ~

~ Percubaan minum air oren atuk. Hmm..memang masam !! hehe .. budak ni dah pandai minum guna cawan tau, nampak jer kita minum air, dia pun sibuk jer nak join ~

~ Dah macam orang tua2 bergosip lak aku tengok gambo ni..kemain lagi !! Irfan..Irfan.. ~

~ Budak chomel ditinggalkan keseorangan di pelamin..muka tak puas hati tu..hehe ~

~ Aku, mak mertua & bakal adik ipar : Harap maklum, angle yang salah telah menyebabkan Cikgu Norazimah kelihatan lebih besar berbanding biasa...sekian terima kasih ~

~ Selamat Pengantin Baru Iqbal & Hydayah dari Achik Azie & Achik Arep..semoga kekal hingga ke anak cucu..amin... ~


~ Cikgu Norazimah sayang kamu.. ~

You Might Also Like

2 comments

  1. SUka gambar cikgu yg 3 sedondon tuh. Huhuhuhu...mcm join persatuan plak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...boleh tak kalu persatuan wanita comei? hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.