JJPS : Jalan-jalan pegi shoping

April 26, 2013

7 Tempat Shoping Best Pilihan CN

Hokay tak term baru JJPS? Sajer2 tak ada keje nak buat entry tentang tempat shoping best. Semalam orang keje gomen dapat gaji, so mari kita survey tempat shoping best pilihan Cikgu Norazimah ! hehe...

Tempat Shoping Best
7 Tempat Shoping Best Pilihan CN

1. GM, Klang 
: Sampai sekarang aku tak tahu apa maksud GM tu, korang boleh tanya Mr. Google yer. Dulu GM klang 1 level jer ada banyak blok. Sekarang bangunan baru sebelah GM lama menjadi bertingkat-tingkat dan senang nak parking. Tempat ni kalau aku ada RM50 dalam wallet pon jadi tau. Serius, barang memang murah2 tapi kena pandai tawar yer. Nama pon tempat jual barang borong, so kalau nk pegi GM kena pegi ramai2 dan kawan2 mempunyai minat yang sama. Memang boleh beli borong dan dapat harga yang BEST ! Aku suka pegi GM bawak Irfan sebab boleh bagi budak tu merangkak-rangkak suka hati sambil mama dia duduk bersila pilih barang..kelas kan? hehe

Tempat Shoping Best

2. AEON (Jusco) Bukit Tinggi
: AEON terbesar di Malaysia dan ada banyak barang boleh shoping. Actually, ni tempat kegemaran Mr. Hubby, aku jadi suka sebab terpengaruh dengan dia la ni ! Kat sini, kalau sale memang betul2 sale. Aku suka beli handbag & kasut dekat sini. TGV dia pon hokay..

Tempat Shoping Best

3. SOGO
: Siapa tak tahu SOGO dekat mana? Memang kesian ler ! Tempat ni sama macam mall lain kalau takde sale. Tapi bila sale, memang tak sedar diri berapa ratus habis ! Serius, aku paling suka jualan gudang dia. Last year, aku pegi masa preggy 6 bulan tak silap aku, siap kena langgar2 dengan mokcik2 lagi ! Dasar mokcik tak sedar diri bila shoping sampai preggy woman pun dilanggar nyer ! [marah ni .nasib baik takde paper]. Tapi kan, mokcik2 yang suka shoping dekat SOGO ni kan dah macam mak Sinchan duk shoping...yela, duk berebut barang bagai ! [aku bukan mokcik2 sebab tak suka berebut barang..kalau ramai sangat, takde nyer aku nak menyepit kat tengah2 tu...hehe]

Tempat Shoping Best

4. Jalan TAR 
: Jalan TAR depan SOGO jer, kalau rasa ramai sangat orang dekat SOGO tu, kuar jer pegi shoping dekat jalan TAR. Banyak barang2 murah. Aku suka beli kain ela dekat jalan TAR ni. Ada banyak jenis kain, dari yang glamer sampai tak glamer pon ada. Tudung pon up to date sampai tak sanggup nk ikot trend.

Tempat Shoping Best

5. Carrefour Wangsa Maju
: Sini syurga bagi wanita untuk beli pelbagai baju2 kurung, peplum dan macam2 lagi. Harga baju2 kat sini pon leh lebih kurang kat jalan TAR dan jangan terkejut, ada yang lagi murah tau. Kena pandai cari jer..

Tempat Shoping Best

6. Fabulousmom
: Ni kedai baby. Ada banyak cawangan, aku pernah pegi dekat TTDI. Actually, aku suka shoping dekat website dia lagi, selalu buat promotion. Percaya tak, aku beli breastpump spectra 3 double termasuk postage RM346? Murah kan? Breastpump Unimom Mezzo pon aku beli dekat sini gak.

Tempat Shoping Best

7. Selayang Mall
: Ait ! Masuk sekali yer? Yela, seminggu tak jejak kaki kat Selayang Mall memang pelik. Ni tempat shoping lama, dekat jer dengan rumah, sebab tu suka benor pegi sini..hehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. bestnya dapat pergi shopping..pilih je tempat yang kita suka...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.