10B Kaedah Tangani Stres
April 13, 2013
Salam..
Baru-baru ni Cikgu Norazimah kerap mengalami stres disebabkan oleh bebanan kerja PBS ni..banyak evidens pelajar kena marking sampai STRES !! Tapi...jangan biarkan hidup anda di selebungi stres ! Mari kita tangani stres ni dengan kaedah 10B
1. Bertenang
: Cuba bawa bertenang. Jangan panik yer..
2. Bernafas Dengan Dalam
: Caranya, tarik nafas dengan panjang dan lepaskan dengan mulut sampai anda rasa cool..
3. Berkata : "Relaklah.."
: Sekurang-kurangnya dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres
4. Beribadat
: Berzikir dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan
5. Bercakap Dengan Seseorang
: Luahkan perasaan stres dengan keluarga, rakan atau luahkan dekat blog..dgn berkongsi perasaan akan melegakan dan mengurangkan tekanan
6. Berurut
: Dalam entry ni Cikgu Azie bercerita tentang berurut..memang BEST dan dapat legakan stress
7. Berehat & Mendengar Muzik
: Berehat sambil mendengar lagu yang lembut aka jiwang..hati anda akan berasa tenang dan lapang
8. Beriadah
: Berkelah, mendaki bukit, berkhemah dan apa2 sahaja aktiviti yang anda suka boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres
9. Bersenam
: Berjoging, berbasikal dll adalah kaedah untuk menghilangkan stres. Dulu masa study selalu pegi joging petang2 untuk menghilangkan stres belajar..memang berkesan
10. Berfikiran positif
: Melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Bak cakap orang, bila fikiran kita positif, akan mewujudkan wajah yang ceria dan awet muda..
# Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah dapat dikurangkan..insyaAllah
~ Gambar hiasan untuk menghilangkan stres..comei kan Irfan? hehe ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
8 comments
tido ke tu?
ReplyDeletetido pun senyum
:)
irfan masa dlm pantang ni, tgh tdo sambil senyum
Deleteboleh praktikkan keadah 10B nie...TQ sharing
ReplyDeletekena try yer..hehe
DeleteTambah 1B lagi... "Bergumbira".. keh3 ;)
ReplyDeletebetui gak tu..boleh2 ditambah...hehe
DeleteJangan stress sabar ...tugas seorang guru memang banyak..
ReplyDeletebetul kak ! tugas guru ni memang sangat mencabar & stres ! tapi selamat minat yang mendalam dapat rasional kan diri supaya jgn stress..
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.