Mengurut lagi setelah 6 bulan bersalin

March 05, 2013

~ Ini adalah wajah Cikgu Norazimah yang ceria, korang ingat aku nak upload ker gambar aku mengurut? isy2..ini adalah blog Cikgu Norazimah, bukan blog porno ye..harap maklum..~

Salam ceria..

Entry ni aku type sejam selepas aku mengurut..actually, tak sesuai mengurut malam2 sebab urat mengembang n keras. Paling bagus mengurut adalah pada waktu pagi. Mana aku tahu? Ala, tukang urut aka mak saudara hubby aka Wak Yah bagi tahu. Serius, aku paling suka Wak Yah ni mengurut. Memang sedap !! Tak payah pegi spa bayar mahal2, cuma bayar seikhlas hati dan hati anda akan puas sepenuhnya..eh ! betul ker ayat aku? hehehe.

Baiklah, untuk pengetahuan u all, dari segi fizikal, urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan. Memang selepas bersalin ni, terasa sangat sakit2 pinggang lagi2 lepas pakai high heels sepanjang hari. 

Tadi lepas mengurut, aku rasa kurang sakit2 badan dan rasa macam ringan jer..ni first time aku mengurut selepas habis pantang. Dulu masa dalam pantang, aku mengurut 7 hari masa mula2 bersalin dan 3 hari masa penutup. Selepas tu, memang tak mengurut dah. Kalu korang nak tahu, apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar tau !! Selain itu, disebabkan aku stress dan bercuti pun sebab stress, lepas berurut ni memang rasa lega sebab mengurut ni juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu selain mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja dan dihargai..chewah !!

Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin adalah :
  • Membuang angin 
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghilangkan rasa kebas dan lesu 
  • Membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing [ini kena usaha sendiri yer, bukan semata-mata mengurut jer]
  • Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan
  • Baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.

Antara pantang-larang berurut pula adalah :
  • Tidak boleh kenyang. Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam kerana dalam keadaan kenyang, urut boleh menyebabkan darah mengalir keluar dari perut ke arah jantung. Jika ini berlaku, makanan akan mengambil masa lebih lama untuk hadam.
  • Bagi wanita mengandung urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan simptom `morning sickness'. Urut terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut.
  • Tidak digalakkan diurut bagi mereka yang mempunyai masalah jantung kerana menyebabkan peningkatan pengaliran darah dari dan ke jantung menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung.
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.

~ Sharing is caring dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

10 comments

  1. thanks sharing Cikgu..pernah sekali berurut..tak tahan sakit nya...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ler, ada orang tak tahan skt, tp kalu z mmg suka berurut ni, bestnyer !! cuma part sakit tu kena tahan ckt ler..hehe

      Delete
  2. Saya pilih sikit tukang urut ni sebab saya ni penakut, takut sakit... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ler kita, wak yah ni memang tetap dan berpencen jd tukang urut z..hehe

      Delete
  3. Assalamualaikum cikgu, sheila pernah sekali je mengurut. hehe. sakit wooo. muka kental je menahan hahahah. bestnya ada anak, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, ada orang mmg langsung takleh berurut sbb tak tahan sakit, tp azie suka sbb memang best !! rasa lega jer badan..hehe

      Delete
  4. el time mengurut time pas bersalin tu lah pas2 xdenye haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit!! lama gak tu..klu bdn ok tak skt2, x perlu berurut ni. Tapi z mmg suka memanjakan badan dgn berurut..penjagaan dalaman wanita kena jaga beb !! hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.