Irfan Demam Tumbuh GIGI

March 11, 2013

~ Budak demam tengok GummyBear ~

Salam Isnin ...

Harini Cikgu Norazimah kembali bertugas dan meninggalkan anak di kampung yang sedang demam..aduyai..rasa berat jer hati meninggalkan Irfan dalam buaian dengan atuknya pagi tadi..

Irfan dah demam since sabtu hari tu, aku n hubby dah bawak pegi klinik tapi sampai pagi tadi, badan dia still lagi panas. Si bambam ni demam sebab baru tumbuh gigi bawah. 17/3/2013 ni genap la Irfan 7 bulan dan sudah tumbuh gigi..cepat betul budak ni berkembang !!

Hari sabtu haritu, habis jer mesyuarat agung PIBG, terus balik kampung. Sampai rumah, Irfan nampak jer aku, terus melekat tak nak langsung dengan orang lain kecuali ayah dia. Pantang nampak aku jauh sikit, terus dicarinya mama dia sambil menangis..manja betul budak ni bila demam ! Gambar atas ni aku amik mlm tadi masa pujuk dia bila nangis. Terus diam tau bila aku pasang lagu GummyBear ni...hehe

Pagi tadi lepas habis kelas, aku terus call mak mertua tanya macam mana keadaan Irfan..dia cakap Irfan tgh tido dan ok sikit tapi asyik merengek jer sambil sebut "maaa..maaa"..alahai..nak nangis pun ada panahan si bujang ni..mesti dia tercari-cari mana mama dia.....[feeling sedey jab]. 

Korang yang ada CABLE beso gedabak, tolong la aku untuk pertukaran bulan jun ni..tak semangat jer keje teringatkan anak bujang sorang ni....ok, takmo dah cerita2 lagi, tak kira...korang..korang..dan korang yang baik hati mesti tolong aku rekomen kan n dapatkan cable beso gedabak supaya aku dapat tukar sekolah tahun ni gak !!

~ Irfan...cepat la awak sihat !! ~


~ Cikgu Norazimah NAK TUKAR SEKOLAH !! ~

You Might Also Like

6 comments

  1. budak2 kecik mcm ni sllu lau demam sakit2
    adalah tu nak pandai apa2..
    anak2 el pun nk tumbuh gg demam gak
    sian zie jauh dr irfan eh
    tulah hope dptlah tukau no
    get well son my dear irfan bucuk comel sgt geget kang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks el..tu ler, ni dah baper kali dmm ni, bulan lepas dmm sebab nk merangkak..sekarang ni lak dmm sebab tumbuh gigi..yang kesian bila dia dmm...manja sgt2, taknk ngn orang lain, doakanla z dapat tukar yer, klu z dpt tukar, cnfirm buat kenduri kesyukuran !! hehe

      Delete
  2. Pandainye dia berfb...moga cepat sembuh dari demam yang nak membesar...


    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cikgu..irfan ni bila dmm jer mesti nak pandai sesuatu..kali ni dmm sebab tumbuh gigi lak..

      Delete
  3. Alalalala tomey tomeynyerrr Irfan, isk isk isk bestkan ader anak? kim salam kat dier yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best ada anak, cepat2 ler Is kwen bg dapat anak ramai2 !! hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.