Cikgu Norazimah dan PBS
March 02, 2013
Salam ceria..
Cikgu Norazimah berceloteh kembali dengan kisah PBS. Apa itu PBS ? PBS adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini adalah dasar baru yang menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan 1-3. Dasar ini bermula tahun 2012 dan tahun ini merupakan tahun kedua PBS untuk sekolah menengah. Tapi untuk sekolah rendah telah bermula lebih awal untuk menggantikan UPSR.
Sistem baru semestinya akan menyusahkan cikgu-cikgu, pentadbir malah pelajar-pelajar sendiri. Aku sendiri telah dilantik sebagai Jurulatih Utama PBS Georgrafi Tingkatan 1 & 2 !! Gila 2 tingkatan aku bedal walhal aku sendiri bukan opsyen mengajar Geografi ni. Tapi its ok..aku memang suka mengajar Geografi ni. Rasa teringin lak nak tukar opsyen sebab dah mengajar subjek ni 3 tahun.
PBS ni best part pelajar bergantung semua kepada guru subjek berbanding sebelum ni pelajar lebih percayakan guru tuisyen. Senang cerita, macam dekat kolej/universiti di mana bila kita rapat dengan lecturer, memang senang nk skor subjek tersebut. Tapi yang paling memenatkan adalah MENANDA JAWAPAN & REKOD & KEY IN DALAM SISTEM ONLINE !! Fuhh..tensen beb !! Rekod sahaja ke dalam 2 tempat iaitu borang individu dan borang transit. Bayangkan aku mengajar geografi 4 kelas + math 2 kelas dah 6 kelas. Lepastu setiap kelas sengal2 pun 44 pelajar x 2 borang x 6 = kira sendiri ler. Malas nak kira.....[mood tensen sebab proses dokumentasi ni yang sangat2 memenatkan !!
Ok2..taknak cerita tentang tensen tadi. Memang jadi cikgu ni menyensyenkan kalau fikir macam2 benda yang kena buat. Tapi minat punya pasal..aku redha dan tabah menjadi CIKGU NORAZIMAH. Entry kali ni aku cuma nak tunjuk kat korang hasil pelajar aku menghasilkan produk hiasan rumah untuk soalan band 6. [nak tunjukkan je pun, tp kemain panjang membebel..hehe]. Agak bangga sebab pelajar Cikgu Norazimah yang mula2 menjawab soalan band 6 seawal februari ! Well...pelajar2 aku memang hebat2..tengok siapa cikgu dorang kan? [mood bangga sambil kembang kempis hidung]. Ok..check it out !!
~ Produk hiasan rumah dari barang terpakai : B6D1E1 ~
~ Fail2 merah dan buku pbs math yang melambak. Tengok je pun dah tensen kan? Belum buat apa2 lagi tu ~
~ Borang transit yang kecit2 sambil naik juling bijik mata duk tick ~
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
9 comments
semakin banyak kerja cikgu2 ek semenjak perlaksanaan PBS ni... tapi apa2 pun profession perguruan itu adalah sesuatu yang mulia... ^_^ .. keep it up Cikgu Azie...
ReplyDelete*cantik hasil kerja tangan student Cikgu Azie tu...
tahu takper, kerjaya perguruan ni semakin mencabar, memang kena tampor ler saper ckp kerjaya cikgu ni senang !!
Deleteaiseh.. banyaknya keja. transit2 plak. mesti keliru
ReplyDeleteitula kerja cikgu..demi beberapa suap nasi..hehe
Deleteperghhhhh padan muka hahahahaha guwau cikgu
ReplyDeletejenuh ler nak rekod one by one..mau krem tgn cikgu ye
keep it up cikgu..el tahu cikgu leh wat...msia boleh cikgu boleh tetiba hehehehe
el pun bgga ngan CIKGU NORAZIMAH ney hehehe
terbaik statement dari el !! syayang el !! nnti cikgu azie banjer lolipop yer
Deletejap jap..pbs ni mana lagi eloK?kira marks semua depend kat cikgu la kan??mak aii..kalau pelajar tu dapat bodek cikgu tuh..higher la marks die??macam itukah?saya nak tanya je..:D
ReplyDeletelebih kurang mcm tu ler, tp cikgu kena ada integriti ler, keje kena amanah..kira dah mcm dkt uni/kolej..pndai bodek lecturer, tinggi ler marks..hehe
DeleteErk.. yang itu saya buat tahun lepas !! :D
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.