7 Tips Penjagaan Kulit Wajah

March 16, 2013

7 Tips Penjagaan Kulit Wajah

7 Tips Penjagaan Kulit Wajah
~ Wajah kami berseri tanpa make up ~

Seperti yang telah dijanjikan dalam entry SINI. Cikgu Norazimah berbesar hati untuk berkongsi tentang tips penjagaan kulit wajah untuk sesiapa sahaja yang teringin untuk mempunyai kulit wajah yang bersih, mulus & gebu..chewahh !!

1. Cuci muka dengan pembersih muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari
: Setiap orang mempunyai jenama pembersih muka yang sesuai dengan kulit masing2. Macam CN, dari zaman anak dara sampai beranak pinak (macam ramai je anak) setia ke hujung dunia dengan Loreal White Perfect Milky Foam

2. Buang segala jenis make up sebelum tidur
: Make up ni ada banyak bahan kimia, sebab tu kena buang sebelum tidur untuk merehatkan kulit muka u all tu ..

3. Pastikan bangun tidur jer sebelum gosok gigi terus minum air kosong
: Macam entry CN dekat SINI berkenaan kepentingan minum air kosong ni. Nak kulit yang cantik memang kena minum air masak untuk memastikan kulit tidak kering.

4. Bila korang bangun tidur tu, mesti duduk dulu kan? Sambil duduk tu, gosok muka sambil berselawat. 
: Ni CN amalkan dari zaman sekolah sebab pernah baca majalah Mangga, Mama Juwie bagi tips ni..hehe

5. Biasa bagi pompuan, setiap bulan mesti ada bff akan datang kan? Masa tu kan mesti Mr. Jerawat pun datang singgah gak kan? Ingat yer..JANGAN picit jerawat !!
: Apa yang CN wat, sabor je tunggu jerawat tu hilang sndiri. Kalau degil gak, guna je krim Oxy..memang hokayy!

6. Sekurang-kurangnya sebulan sekali manja kan kulit muka dengan mask
: Favourite mask CN adalah Garnier Light peel-off mask..dengan bau lemon, memang heaven.. kalu nak jimat, boleh guna putih telur, just sapu jer putih telur kat muka, tunggu sampai 15 minit, lepastu cuci dengan pencuci muka sebab putih telur ni hanyir sikit, hasilnya..kulit muka anda akan terasa lebih tegang, licin dan berseri..

7. Amik supplement untuk penjagaan kulit dari dalam
: Ada banyak jenama tentang supplement untuk mencantikkan kulit wajah. Macam CN, sejak minum ESP ni, alhamdulilah, Mr. Jerawat dah tak datang melawat. Kulit pun makin cerah berbanding anak dara dulu. Sekarang ni tengah cuba2 El Marino pula..so far so goooood !! hehe


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.


You Might Also Like

14 comments

  1. nice sharing Cikgu Aziee.... heee... salam jumaat...

    ReplyDelete
  2. lau jns jerawat yg degil cane plak??sbb sy pena tgu sampai sebulan jerawat 2 ilang tp x ilang2 jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang degil camtu, kena pakai krim cam OXY tu, baru ok

      Delete
  3. Huhuhu...rahsia kecantikan cikgu...ahaks!!!

    ReplyDelete
  4. Minum air suam pagi-pagi, in Sha Allah kulit akan lebih cantik. Terbaca tips ni dalam novel remaja. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang amat berkesan..amalan Nabi Muhammad s.a.w

      Delete
  5. wahh hebad
    betul ke lau ikut petua cikgu z ni
    dpt kulit gebus mulus bak kulit cikgu
    hehehe
    siyes el xde pencuci muka ok
    dasar pemalas el ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. just berkongsi jer el..leh try, ne ler tahu berkesan kan? hehe

      Delete
  6. Amalan meminum air ini memang membawa banyak kesan yang baik terutama pada kulit kita...apabila kulit sentiasa hidrat (lembab), badan akan rasa bertenaga dan muka kita akan nampak segar :)

    ReplyDelete
  7. Cubalah Collagen Powder, memang berkesan..
    http://shakefood4u.blogspot.com/2013/11/penjagaan-wajah-dengan-collagen-powder.html

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.