7 bulan lebih dah budak bambam ni ...

March 26, 2013

~ Cikgu Irfan in da house !! ~

Salam..

Eksited nyer aku bila Irfan dah 7 bulan lebih ni, kejab jer masa berlalu kan? Bila bosan2, aku pun bukak ler site fav aku babycenter.com nak tengok apa perkembangan bayi 7 bulan ni yang sama dengan Irfan..moh ler kita menambahkan ilmu yer..

1. Melonjak-lonjak
: Ait ! Irfan dah boleh melonjak-lonjak masa 3 bulan lagi !! hehe..

2. Duduk tanpa diampu oleh tangannya
: Ada-ada..comei lagi budak bambam ni duduk..hehe..siap boleh memanjat lagi tau

3. Belajar memegang
: Ni kepakaran budak ni, lagi2 bila bagi dia henpon, siap baling2 lagi ! Lagi satu,masa menyusu dia suka duk menggetel-getel pinggang kita, korek-korek hidung mama dia, cabut spek mama..

4. Tumbuh gigi
: Dalam entry ni aku cerita pasal Irfan yang demam sebab tumbuh gigi..comei jer gigi sebijik dekat bawah

5. Menguji autoriti anda
: Pada waktu ni, bayi akan melakukan apa yang dia suka tanpa mematuhi arahan kita. Tapi kan, kalau ayah Irfan cakap 'Jangan ! '..dia ikut tau, kalau mama dia yang cakap, dia sengeh2 jer, bertuah betul !

6. Perasaan tak senang ketika berpisah
: Ini berlaku setiap hari Isnin iaitu hari pertama mama dia keje & balik KL, memang meragam !

7. Kemahiran mengenal
: Irfan sangat2 le kenal mama & ayah dia..kalu dengar jer suara ayah dia, terus excited minta didukung..tapi alhamdulilah, walaupun dah kenal orang, dia tak kisah orang yang dia tak kenal dukung..boleh ler aku lepak2 makan dgn bahagia dekat kenduri sebab ada orang jaga Irfan...hehe

8. Memahami bagaimana objek berhubungkait
: Contoh sekarang, Irfan dah pandai main 'ba ba cak' tau..mengekek gelak. Lagi 1, dia suka tengok cermin, bila nangis bawak gi tengok cermin, terus tersenyum malu-malu gitewww


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. alohhhhhhhhhhhhh comey dak ni pki spek ibu ye hahahaha meh sini meh nk cimolot haaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Mari join sini. ^^ Best!!

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/giveaway-topup-pearlcholic-birthday-by.html

    Thanks!!

    ReplyDelete
  3. Huhu...shumilnya...meh nk cubit sket. :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.