Kereta baru Irfan..pon ! pon !

February 26, 2013


Salam semua..

Baru harini Cikgu Norazimah yang ceria dan omei kembali berblogging. Cuti 2 hari ni sangat la sibuk menguruskan anak bujang tersayang di samping masalah sampingan wireless yang rosak di kampung. Bila guna maxis broadband..giler SLOW !! sakit jiwa..

Cuti hujung minggu, macam biasa rutin basuh baju 3 beranak yang melambak, kemas2 bilik dan sebagainya. Yela, isteri hujung minggu memang sibuk di hujung minggu. Hari biasa lepaking jer di rumah sewa bersama rakan-rakan senasib belagak macam orang bujang..hehe.

Alkisahnya, anak tersayang walaupun 6 bulan. Dah pandai memanjat..semua tempat dia nak panjat. Disebabkan kesian tengok budak omei ni asyik tergolek jer apabila salah step, almaklum ler, berdiri kaki shaking, tapi ada hati lepas tangan sebelah. Memang berdentum macam nangka busuk ler jatuh..lepas tu menjerit sepenuh hati kalah budak pompuan!! Nasib baik senang dipujuk, bila budak ni jatuh jer, terus dukung dia sambil gosok2 tempat sakit tu. Terus diam..[smile]

Di Banting, ada 1 kedai Toys apa nth, memang jual barang2 mainan budak2. Aku sampai pening paler tak tahu nak beli baby walker yang mana untuk Irfan. Banyak pilihan dan murah2..tak percaya boleh pergi sendiri. Sebelah Ayamas Banting, Watson dan Dominos. [saya tidak diberi royalti untuk promosi ini..harap maklum] Kalu korang nak tau, orang tua2 cakap, baby kalau duduk dalam baby walker, memang cepat berjalan. Asalkan baby tu kepala dah keras dan tegak. Kalu lembik2, jangan ler letak dalam baby walker, bahaya takut mendatangkan kecederaan. Tapi 1 kelemahan baby walker ni, boleh menyebabkan anak jalan k'engkang. Itu bergantung kepada individual sendiri. Cam aku masa baby dulu pun duduk dalam baby walker, ok jer boleh jalan catwalk !! hehe

Tapi kan, Irfan ni jenis cepat bosan. Maybe ikot perangai mama dia yang memang cepat bosan kot. Budak ni tak boleh lama2 dalam baby walker dia. Lebih setengah jam. memang dia cepat gelisah dan minta didukung..aduyai..hehe. Okler, tak leh cerita panjang2, banyak kerja2 keranian perlu disiapkan. Biarlah gambar berbicara..[peace !!]

~ Tengok, siap bagi siku lagi dekat mama dia sebab letak dalam baby walker !! Ini adalah abang kawasan Jenjarom yer.. [ganas tak? ]~

~ Muka sedey minta diangkat. Sila abaikan kaki mama Irfan yang bambam untuk menahan Irfan dari gerak2..Jenuh betul nak amik gambo budak ni dalam baby walker ~

~ Muka happy baru tahu bila naik baby walker, boleh jalan2 sampai ke pintu. Setakat ni, Irfan telah berjaya sampai ke dapur dengan baby walker !! Hebat anak mama !! hehe ~


~ Cikgu Norazimah kembali bertugas. Salam ISNIN semua ~

You Might Also Like

8 comments

  1. wahh,,comel kete die tu.. hee

    ReplyDelete
  2. fuhyoo..kuning lagi kete Irfan..comel mcm tuan kete tu jugak..hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 kaler jer design ni, kuning n pink..terpaksa amik kuning, mama Irfan nk merah, tp takde..hehe

      Delete
  3. amboi kuning tu hahahahaha
    irfan suka kuning ye
    lelok drive tu ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pilihan ler el..design ni jer yang paling omel..hehe

      Delete
  4. Rindu lah dekat budak bambam ni kak... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak bambam ni dah terer memanjat tau..sekarang ni tengah terkial2 nak berjalan lak..merangkak mls ckt..

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.