JJCM : CNY di Alamanda Putrajaya

February 13, 2013

Salam semua..

Cikgu Norazimah bersiaran kembali update blog sambil menjaga Irfan yang lasak duk memanjat mama nyer nak kan laptop hitam idaman kalbu. 


Jadikan cerita kali ini pendek dan padat yer. Irfan dah 2 kali jatuh tergolek ni sebab tak berapa pandai memanjat tapi nak memanjat gak. Aish ! Alkisahnya, semalam aku berjaya membodek En. Arep membawa aku, Irfan , Kak Iz (adik aku yang omei ni) dan ibu ku berjalan2 sempena cuti CNY ke Putrajaya. Lama tau tak ke sana, last pegi Putrajaya masa buat rayuan untuk pertukaran guru bulan 11 last year..hehe

Asalnya plan nak ke Jusco Bk. Tinggi, Klang jer. Tapi takde angin takde ribut, En. Hubby tiba2 mengidam ikan bakar dekat Alamanda. Aku bila cakap jer pasal ikan bakar dekat Alamanda ni, terus kuar air liur mengidam gak. Tak kira, kena gak gi sana !!

Dari rumah ibu di Banting ke Putrajaya just 30 minit jer. Sebelum terus ke Alamanda, En. Arep dengan perasaan bangga membawa keluarga tersayang pusing2 dekat dataran Putrajaya yang sesak dengan ramai orang. Disebabkan perasaan malas nak parking kereta, aku cuma mampu melihat-lihat jer tanpa mengambil gambar. [sedey] Seingat aku, last aku jalan2 dekat dataran Putrajaya ni masa dating dengan ex aku. Tu pun masa zaman muda remaja..hehe

Sambung kembali, yang penting ikan bakar kan? So sampai jer Alamanda terus menuju ke arah Portugise Grill dekat food court. Ini lah hasilnya !! 

~Ikan bawal bakar + udang ~

~ Ikan tenggiri bakar + udang + sotong bakar ~

~Ibu & Kak Iz tak sedar diri mengadap makanan..hehe ~

~ Ayah Irfan tak pandang kiri kanan mengadap makanan. Aweks cun lalu tepi pon tak heran !! hehe ~

~ Mama Irfan amik turn pegang Irfan tunggu orang lain habis makan. Tak bawak stroller, ni ler padahnya..aish ! ~

~ Jalan-jalan cuci mata lepas kenyang ~

~ Ayah Irfan yang gagah perkasa duk dukung Irfan, baby carrier tak nak guna, padan muka !! hehe ~

~ Irfan 6 bulan : Comei kan? Sekarang ni pantang tengok kamera, mesti nak tegur kamera tu..hehe ~

~ Irfan muka terkejut !! hahaha ~

~ I Love BIG APPLE !! Dah banyak kali datang Alamanda, aku baru tahu kat sini ada Big Apple..hehe. ~

~ Selamat Bercuti dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Selamat update blog cikgu kembali dan berbahagia di samping famili...

    ReplyDelete
  2. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ tinggalkan jejak ya..

    ReplyDelete
  3. IPG fiq dekat ngan alamanda...around 10 minit dh smpi..huhu..
    klu kt food court tu, fiq suka AYAM PENYET!!! sedap!! huhu..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.