13Februari2013 : Happy Birthday SYAYANGS !

February 13, 2013


Warkah cinta buat kekasihku… [Copy ais dari sari_madu]


Dengan lafaz Bismillah.. aku memulakan bicara
Menyusun kata buat kekasihku, suamiku…

Kakanda, suami pujaan hatiku…
Di kala bait-bait puisi ini kurangkaikan
Dadaku terlalu berat.. Nafasku sesak…
Ku rasakan hari merangkak lambat .. Manakala kita tidak saling bertemu
Gunung kerinduan seakan-akan runtuh oleh arus perpisahan yang menerjang
lautan dilihat sempadan ..begitu zalim memisahkan kau dan aku

Di dasar ketulan daging berwarna merah kehitaman,
Terbit rasa hiba yang mencuit nostalgia pilu,
Kerinduan tidak dapat dibendung lagi ..
Ketulan darah kehitaman antara ketulan daging yang berdegup
Dan rongga yang bernafas itu..Serasa dicucuk koyak 
Dan cairan merah pekat.. Mengalir di mana-mana

Suamiku, kekasihku…
Tetapi usahlah kau gundah
Kerana aku isterimu..Sudah bisa mengerti ..Pengorbanan kasih sucimu
Dan kerinduan itu bukanlah apa-apa
Hanya sekelumit gelora Yang menguji cinta suci kita
Aku redha .. Demi Tuhan Yang Maha Mengetahui

Suamiku…pujaan hatiku…..
Di kala kedua bibirmu..Bergetar melafazkan akad
Aku sudahpun meletakkan dirimu..Sebagai raja dihatiku
Mana mungkin kumungkiri lafaz itu
Kerana martabatku.. Kau lonjakkan ke persada mulia
Maruahku .. Kau junjung ke puncak persona

Dari saat itu,
Jangan sesekali kau ragui cintaku..kerana jiwamu adalah hidupku
nafasmu adalah nadiku..tawamu adalah kebahagian
tangismu adalah kedukaanku

Kakanda, suamiku…
Ingin aku lafazkan janji..Sebagai isteri kepadamu,
Inilah hak-hak mu ke atas diriku
Pertama
Akan ku patuhi kehendakmu..Tapi jangan engkau ingkari syariat-Nya
Kedua 
Akan ku terima dirimu sepenuh hatiku..Kurangmu kuredhai lebihmu kusyukuri
Ketiga
Akan ku layani mu setiap detik..Sehingga nafasku yang terakhir
Keempat 
Keizinanmu ku pohonkan..Agar langkahku ke syurga tidak pincang
Kelima 
Kemampuanmu ku kagumi..Kerana engkau suami yang aku hormati
Keenam 
Pemberianmu ku syukuri..Jerih perihmu aku hargai
Ketujuh
Keindahanku hanya untukmu..Nikmatilah sepuas hatimu

Kakanda, suamiku…
Agar langkah kita tidak pincang..Berjalan tidak tempang..Larian kita tidak songsang
Maka berikanlah hak-hakku ke atas dirimu:
Pertama
Berikan aku mahar mu..Itulah isyarat kewajipanmu
Kedua 
Layani aku bagaikan permaisuri..Kerana aku pilihanmu
Ketiga
Berikan aku nafkah yang halal..Kerana aku tak mampu tanggung azab neraka
Keempat
Berlemah lembut dan sabarlah terhadapku..Kerana aku wanita lemah
Kelima 
Didiklah aku dan anak-anakmu..Kerana engkau pemimpin ke jalan syurga

Suamiku…
Demi keluarga sakinah ..Yang penuh mawaddah dan rahmah
Izinkan aku ..Untuk terus berada di sampingmu
Menjadi penghiburmu..Di kala sedih
Menjadi penyembuhmu..Di kala sakit
Menjadi penglipur laramu ..Di kala sunyi
Menjadi tasik madumu..Di kala kau di puncak kerinduan
Jangan kau zalami aku..Dengan memisahkan aku jauh darimu
Kerana redhamu..Aku dambakan..Untukku menuju..Ke syurga bahagia
Sebagaimana Yang Allah..Telah janjikan kepadaku

Suamiku….kekasihku
Aku mohon padamu..Dambakanlah aku
Sebagaimana Adam mendambakan Hawa
Hargailah aku..Sebagaimana Syah Jehan Menghargai Mumtaz
Nescaya aku akan…Setia kepadamu
Sebagaimana Laila setia kepada Majnun
Mengagumimu..Sebagaimana khadijah mengagumi RasulNya.

Kakanda…suamiku…. kekasih hatiku…
Adinda ingin akhiri puisi ini sebagai tanda bermulanya langkah 
Menjadikan dirimu, kakanda sebagai matlamat hidupku…
Jangan kakanda murka jika kata-kata ini menggetarkan amarahmu
Kerana niat adinda ikhlas
Mengungkapkan rasa cinta membara kepada mu Kakanda..
Semoga usaha kita menuju ke jalan bahagia dunia dan akhirat 
Akan mendapat Keredhaan-Nya…
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang terdetik di dasar hati hamba-hambanya.

[smile]

[Jangan tak percaya..CIKGU NORAZIMAH mampu menjadi jiwang macam tu sekali. Itu semua khas untuk suami tersayang : Mohammad A'imullah aka En. Arep. Selamat hari ulangtahun sayang yang ke - ?. Azie SAYANG Abang !]


~ Mengimbau detik2 menjadi bestie..my hubby adalah bff yang tersangkut menjadi suami ~

~ Saat manis bercinta..muka remaja tengah hangat bercinta..remaja la sangat..~

~Menjadi pengapit kepada kazen hubby..kami suka PINK !! ~

~Zaman bertunang..ketika menghantar bakal ayah mertua ketika itu naik haji ~

~ Saat-saat manis ketika Irfan di dalam perut..7 bulan masa ni ~

~ Hari raya 2012 bersama insan baru dalam kehidupan kami suami isteri..I LOVE both of u ~


~ Cikgu Norazimah sayang En. Arep ! ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Happy Birthday En. Arep :) , semoga sihat selalu :) ..

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Encik Arep :-)
    Sweetnya dapat puisi dari isteri tersayang...Hehehe...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.