Saya SAYANG St. Marian !

January 30, 2013

Salam ..

Di sekolah hari ini, aku dapat kek coklat dari students yang comei Nurul Amni dari kelas 1R. Harini birthday dia ke-13, HAPPY BIRTHDAY syayangs !! Sempena meraikan birthday dia, dapat la aku kek coklat yang sedap. Alhamdulilah, dah separuh kek aku bedal petang tadi sebab memang fav aku kek coklat ni sampai tak sempat nak snap gambar, yang terbayang adalah pisau..pisau...pisau..untuk memotong kek yang sedap ! The other half simpan untuk esok sebab taknak rosakkan plan diet..hehehe

Menjadi cikgu dekat sekolah perempuan ni memang best sebab gurl ni manja2 dan suka hargai orang yang dia sayang dengan hadiah/ucapan/pelukan. Setakat ucapan "Teacher, I LOVE YOU !" memang biasa ler. Tu belum lagi sesi memeluk cikgu bila dorang dapat result PMR/SPM yang bagus atau pun menang sesuatu pertandingan. Lagi tak best, bila budak2 ni tengah berpeluh-peluh lari terus peluk cikgu sebab menang !! Adoi yang, cian cikgu kamu ni..hehe. Tapi budak2 ni memang sweet !
Setakat 3 tahun aku mengajar dekat St. Mary ni, memang kurang masalah dengan students. Kalau ada pon cuma 5%. Selebihnya, aku sayang budak2 ni !! Ala, yang 5% tu biasa la, kategori budak2 belagak pandai, belagak kaya dan segala jenis belagak. Satu lagi yang aku paling tak suka budak2 yang KUAT MENGADU !! Itu adalah kategori 5%. Tak ramai pon, selebihnya..baik2 belaka. 

Disebabkan harini aku tak bawak balik 'homework', saja usyar gambar lama. Terjumpa la gambar2 hadiah hari guru yang aku dapat dari tahun 2010 - 2012. Inilah hasil dari Hari Guru di SMK St. Mary. Setiap kali sambutan Hari Guru, memang aku excited sangat sebab akan dapat hadiah banyak2. Masa ni la aku boleh kenal pelajar yang memang hargai cikgu dia atau tidak. Jangan salah sangka tau, bukan hadiah mahal2 yang membezakan keikhlasan pelajar ni, tp cara penyampaian. Aku paling suka hadiah pen dari sorang students. Dia cuma bagi pen merah jenama papermate, tapi masa bagi tu dia cakap "Teacher, I love u, saya mampu bagi ni jer, tp saya sayang cikgu ! ". Terharu kan? 

Satu lagi, ada sorang students cina, dia ni tak pandai sangat. Kategori pelajar lemah. Tapi 1 hari tu, dia ada bagi aku bubur sagu yang dia buat sendiri siap bagi kad. Ayat dia memang berterabur, tapi yang pasti dalam kad tu dia cakap dia sayang aku, dia masakkan bubur ni khas untuk aku untuk menunjukkan rasa sayang dia dekat aku. Lebih kurang macam tu la. Kad dia sampai sekarang ada dekat meja aku. Motivasi tu untuk mengajar dengan lebih baik dan ikhlas ! Itulah, bila niat kita ikhlas untuk mengajar tanpa kira kaum dan latar belakang, InsyaAllah, ada balasannya.[smile]

~Hadiah Hari Guru 2010..tahun pertama mengajar. Bungkusan paling besar tu jam dinding dari Sabrina..sekarang budak ni dah form 5. Kad yang ada gambar aku dari Azira, pon dah form 5, siap bff dengan adik ipar aku lagi..hehe ~

~Hadiah Hari Guru 2011. Mug avon tu dari Sharmila tak silap aku. Comei kan? Seakan-aka iphone tu adalah kad. Sangat kreatif!~

~Hadiah Hari Guru 2012. Hasil pendapatan hari guru semakin banyak. Serius, last year aku dapat paling banyak coklat. Nampak sangat yang aku ni sweet sebab coklat ni membawa maksud sweet..yeke? hehe. 

[I LOve St. Marian !]

You Might Also Like

8 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.