Laporan Minggu Ini (LPI)
January 28, 2013
Laporan Minggu Ini (LPI) dibawa secara langsung dari Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Saya Cikgu Norazimah melaporkan dari hati yang ikhlas dan suci murni.
24/1/2013 (Cuti sempena Maulidur Rasul)
Jalan-jalan shoping di Sogo. Walaweh…lama siot aku tak datang shoping kt sini, seingat aku last thn lepas dgn Lady D & Kaksu. Masa tu seingat aku dh preggy 5 bulan mcm tu kot. Kali ni aku shoping dgn bff Kak Su, Yana & hubby serta Alif yang hensem ! Harap maaf, gambar tidak disertakan sebab terlalu sibuk membeli-belah sampai adegan wajib dilupakan. Yang aku sempat snap pun gmbr baju Irfan yang aku beli, tu pun gambar dekat rumah jer…hehehe. Jangan tak percaya, lepas 4jam lebih shoping di Jln TAR dan SOGO, sambung lagi sesi membeli-belah di Selayang Mall pulak tau..hebat kan cikgu2 ni? [smile]
Jangan ditanya yer berapa ratus habis? Cuba tnya kepuasan bershoping selepas berpenat lelah bekerja masa awal tahun persekolahan? Cher tnya..cher tanya.. memang lepas stress betul. Almaklumlah, 3 minggu persekolahan yang sgt2 stress dan memenatkan, inilah masa menyeronokkan hati ! Ayat cover duit banyak habis shoping..hehe. Tapi kali ni aku tak beli handbag yer, cuma beli kasut 2 pasang, baju kurung sepasang, kain hela, telekung..bla..bla..bla..tapi2 !! Ada pertambahan, mama beli baju Irfan !! Omei2 tau..tapi tak puas hati tul ler, asal baju baby boy lagi mahal dari baby girl huh? Dah la fesyen lebih kurang jer, tak kira, adik Irfan nak gurl lak !! [ekeleh, ingat nak baby gurl mcm makan pavlova ker?ait ! pavlova ek?]
~ Baju boboy yang mahal tp sempena sale dapat murah..hehe ~
25/1/2013
Sesi persekolah seperti biasa. Agak kelam-kabut sedikit sebab sibuk prepare borang & jersey budak-budak baskeball. Next week start tournament, harap2 kali ni dapat ler at least tempat ke-3..amin..
Kelahiran anak sedara first ! Nur Aqila Firzana sejurus lepas Asar. Cucu kedua ayah aku & lahir pada hari Jumaat. Mula2 maksu budak2 ni, Dek Yah lahir sebelum orang sembahyang Jumaat, then followed by Irfan lahir lepas orang sembahyang Jumaat n bdk kechik yang omei ni waktu orang lepas sembahyang Asar. InsyaAllah, hari yang berkat ayah aku dikurniakan dua orang cucu sepasang boboy n gugurl ! Raya thn ni meriah ler rumah dengan 2 orang cucu yang kiut miut ni !! Btw, mlm ni baru nk tgk anak sedara first, tak sempat nk tengok sebab sibuk dgn pelbagai aktiviti. Baju si comei ni pon tak sempat nak beli, rugi masa gi sogo hari tu tak beli, memang menyesal !! isy2
~Adik sepupu Irfan yang omei..nanti abang Irfan jd bodyguard yer adik comei ! ~
~ Balik kampung bawak Irfan jejalan g Giant Banting..comei tak Irfan ngn baju baru? Nampak sungguh hensem kacak bergaya ;) ~
~ "Mama !! Angkat Irfan !! Taknak duk dalam ni, sempit !! " agak2nya, tu kot yang Irfan cakap kat aku sambil jerit2 minta di angkat ~
26/1/2013
Kondangan…kondamangan..[nyanyi lagu jawa cikit..hehe]
Sesi pergi kenduri kahwin bersama mak & ayah mertua. Bukan 1, tapi 5 kenduri tau !! Sesi bermula dari petang lepas asar sampai ler 11> mlm..hebat kan? Jawa style memang kenduri bermula petang sabtu sampai kemuncak tengahhari ahad iaitu majlis bersanding. Disebabkan ada kenduri syukur jambul sepupu hubby esoknya, kami terpaksa pergi kelima-lima kenduri pada petang sabtu sampai mlm. Hamikk ko, sebu perut duk sumbat segala mcm makanan lazat !! hehe.
~ Amik gambo dulu b4 gi kondangan..naper Irfan menjeling mama sebegitu rupa? hehe~
~ Irfan yang sweet aka jejaka idaman malaya ! beso dah bdk comei ni, mama nak dukung lamer2 pun tak larat dah.. ~
~Irfan version dagu berlapis n mama version slim melim..jgn mara yer anak mama ~
27/1/2013
Majlis cukur jambul anak sedara sepupu..betul ek? Mcm ni, laki aku n Kak Erni sepupu, kira anak Kak Erni consider as anak sedara sepupu la kan? Aku pon lemah cikit part gelaran ni..hehe
Btw..si comei Aliyah Farhana ni dah beso. Sama tahun ngn Irfan, beza bulan jer. Nanti dah beso Abang Irfan jg Aliyah yer..hehe. Sayangnyer, dalam duk sibuk2 snap gmbar, tak amik lak gmbo anak dara si kecik ni, Majlis memang meriah ditambah dengan makanan yang SEDAP2 ! Adus, cuti ni keje aku makan jer, rosak diet aku !
~Irfan bersama atuk..memang suka ketawa ler bdk bambam ni !! Geram ! ~
~ 2pupu..Irfan & Amna..muka dorang ni memang lebih kurang, orang yang datang masa tu pon agak confius. Si Irfan disangka gugurl..cian anak mama ni, muka dah habis boboy stil lagi orang ingt gugurl, agak2 kalu Irfan pakai baju gown kaler pink, orang perasan tak tu Irfan? hehe ~
~ Irfan bersama kakak & abang Amna, chomei sungguh budak2 ni !! Adik beradik 2 orang ni memang suka bergambor, nampak jer Achik Azie dorang ni pegang kamera, terus datang duk sebelah joint ! hehe ~
~ Anak2 ku..agak2 nya macam mana ler orang yang beranak ramai2 anak umo dekat2? Salute mcm mana dorang jaga anak kan? Aku yang sorang ni pon tnggu bdk ni beso ckt br rasa nak tambah Insyirah lak..ek ! ~
[xoxo]
2 comments
bulan 2 ni rasa nya dah xsesibuk bulan 1 kot.hehe
ReplyDeletemmg berbaloi lah shopingnya ye..
berbaloi sangat2 shoping..lagi2 sekarang tgh sale chinese new year..hehe
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.