#BIO Pure KEN

January 29, 2013

#BIO Pure KENKebelakangan ni KL sangat lah panas lagi-lagi masa game basketball. Adus !! Dah la 3 hari aku terpaksa berpanas demi pasukan basketball St. Mary tersayang ,gelap la kulit ku yang kembali cerah setelah bercuti lama sempena kelahiran anak tersayang yang comei lote..hehe

Apa yang selalu aku pesan dekat budak-budak basketball ni bila panas-panas main basketball adalah minum air banyak2 ! Sangat la penting yer minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Menurut pakar, setiap 20 kg berat badan kita memerlukan seliter air kosong. Kalau korang 80 kg, maka korang memerlukan 4 liter air sehari !! Banyak kan? Selain itu, nk tahu sama ada kita cukup air ke tak melalui warna urin. Bila urin kaler kuning pekat, maksudnya korang kurang air. Aku tahu benda ni pun sebab masa preggy kena kencing kotor masa 8 bulan preggy. Pelik gak sebab rasa aku dah minum banyak air, tapi doktor cakap aku still kurang air. 
#BIO Pure KEN
~ Bio Pure KEN kaler biru yang menggoda jiwa ~


Sebut tentang air, aku nak promote sikit #BIO Pure KEN. Ni mesin RO TERBAIK yer. Untuk maklumat korang, #BIO Pure KEN ni menggunakan Teknologi Canggih 5-Peringkat Sistem Penulenan R.O yang sempurna ! [hebat..hebat] Selain itu,  sistem berpaten Elken yang eksklusif dpt menyingkirkan hampir semua jenis bahan pencemar dan partikel termasuk bakteria dan virus sekecil 0.0001 mikron bersamaan 500,000 kali lebih halus daripada garis pusat sehelai rambut demi menghasilkan air tulen yang sempurna. Kiraan tu boleh dipelajari dalam kelas fizik tingkatan 4 yer pelajar-pelajar semua..hehe. #BIO Pure KEN adalah salah satu daripada 3 penerima WQA Gold Seal dari seluruh dunia dan ELKEN sahaja penerima dari Asia. Memenangi anugerah dari Geneva International Exhibitions dan juga dari the Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award untuk 2 tahun berturut-turut di Malaysia ! Sesiapa yang baca reader’s digest memang tahu tentang anugerah ni. Dah macam pakar air pulak Cikgu Norazimah ni..hehe. Sambung lagi, #BIO Pure KEN ialah sistem yang pertama di rantau ini yang menggabungkan pelbagai teknologi penulenan air terbaik ke dalam satu sistem tunggal yang sempurna.

Ok, sambung pulak cerita pasal air tadi, menurut doktor yang rawat aku, kalu boleh buatlah jadual minum air kosong supaya mudah mencapai target 3 liter air sehari. Jadual aku macam jadual dekat sekolah. Korang boleh adjust jadual sendiri ikut kesesuaian.

6.00 am : Bangun tido terus minum air kosong. Baik untuk kesihatan dan awet muda minum air kosong awal    pagi.
7.00 am : Minum ESP untuk tenaga sebelum ke sekolah.
7.30 am : Minum air RO sebelum masuk kelas sebab tekak akan kering menjerit ngn budak2..hehe
8.45 am : Biasanya habis double period, terus 500 ml air RO habis !! Hehe
9.20 am : Habis breakfast, terus makan lecithin+alfafa+ 250 ml air RO. Aku memang boleh habis kan 250 ml sekejab jer..breakfast biasanya aku makan nasi. Sebab tu kena makan lecithin ni.
10.30 am : Pam susu untuk Irfan. Lepas pam mesti minum air RO + ESP sebab haus sangat2 keje mengepam ni.
12.00 pm : Buat buku rekod sambil minum air RO sebab taknak ngntuk..hehe.
1.30 pm  : Kelas dah habis. Minum air RO sambil bergossip dengan kawan-kawan. Sambil bergossip perlu minum air yer sebab bercakap dengan banyak ! Lunch dengan kawan2 tersayang.
2.30 pm  : Pam susu lagi !! Lepas pam perlu minum air dengan banyak untuk menggantikan air yang keluar + ESP
5.00 pm : Pam susu lagi + minum air.
7.00 pm : Dinner diikuti oleh lecithin+alfafa+air RO.
8.00 pm : Pam susu + minum air
11.00 pm: Pam susu + minum ESP + air RO

Itulah rutin harian aku. Bila hari2 buat macam ni, memang akan jadi kebiasaan dan yang penting kena berdisplin ! Nak susu banyak kena rajin pam dan minum air. Nak kurus kena rajin makan supplement dan minum air. Pendek cerita, minum air sangat2 penting untuk menghasilkan susu yang banyak dan agen utama untuk membawa lemak kita keluar dari badan. Dengan rutin aku yang simple, berat aku sekarang sudah kembali seperti awal kahwin. Cuma area perut perlu dibaiki lagi !! Hehe

Ingat yer, korang boleh beli barang2 Elken dengan menggunakan harga member aku. NO PROBLEM ! Jauh beza tau harga member dengan harga biasa. Tak salah berkongsi benda baik kan? Hehe

~sharing is caring~

CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

5 comments

  1. He...he...ni dah package ni cikgu...mengajar sekali mempromote..hehe

    ReplyDelete
  2. harga Ro water mmg mahal..tp kesihatan lg penting dr duit kan? hehe

    ReplyDelete
  3. air RO kt atas tu azie beli ke?

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.