#BIO Pure KEN
January 29, 2013
#BIO Pure KEN : Kebelakangan ni KL sangat lah panas lagi-lagi masa game
basketball. Adus !! Dah la 3 hari aku terpaksa berpanas demi pasukan basketball
St. Mary tersayang ,gelap la kulit ku yang kembali cerah setelah bercuti lama
sempena kelahiran anak tersayang yang comei lote..hehe
Apa yang selalu aku pesan dekat budak-budak basketball ni
bila panas-panas main basketball adalah
minum air banyak2 ! Sangat la penting yer minum air kosong sekurang-kurangnya 3
liter sehari. Menurut pakar, setiap 20 kg berat badan kita memerlukan seliter
air kosong. Kalau korang 80 kg, maka korang memerlukan 4 liter air sehari !!
Banyak kan? Selain itu, nk tahu sama ada kita cukup air ke tak melalui warna
urin. Bila urin kaler kuning pekat, maksudnya korang kurang air. Aku tahu benda
ni pun sebab masa preggy kena kencing kotor masa 8 bulan preggy. Pelik gak
sebab rasa aku dah minum banyak air, tapi doktor cakap aku still kurang air.
~ Bio Pure KEN kaler biru yang menggoda jiwa ~
Sebut tentang air, aku nak promote sikit #BIO Pure KEN.
Ni mesin RO TERBAIK yer. Untuk maklumat korang, #BIO Pure KEN ni menggunakan
Teknologi Canggih 5-Peringkat Sistem Penulenan R.O yang sempurna ! [hebat..hebat] Selain itu, sistem berpaten
Elken yang eksklusif dpt menyingkirkan hampir semua jenis bahan pencemar dan partikel
termasuk bakteria dan virus sekecil 0.0001 mikron bersamaan 500,000 kali lebih
halus daripada garis pusat sehelai rambut demi menghasilkan air tulen
yang sempurna. Kiraan tu boleh dipelajari dalam kelas fizik tingkatan 4 yer
pelajar-pelajar semua..hehe. #BIO Pure KEN adalah salah satu daripada 3 penerima
WQA Gold Seal dari seluruh dunia dan ELKEN sahaja penerima dari Asia. Memenangi
anugerah dari Geneva International Exhibitions dan juga dari the Reader’s
Digest Gold Trusted Brand Award untuk 2 tahun berturut-turut di Malaysia ! Sesiapa
yang baca reader’s digest memang tahu tentang anugerah ni. Dah macam pakar air
pulak Cikgu Norazimah ni..hehe. Sambung lagi, #BIO Pure KEN ialah sistem yang
pertama di rantau ini yang menggabungkan pelbagai teknologi penulenan air
terbaik ke dalam satu sistem tunggal yang sempurna.
Ok, sambung pulak cerita pasal air tadi, menurut doktor yang
rawat aku, kalu boleh buatlah jadual minum air kosong supaya mudah mencapai
target 3 liter air sehari. Jadual aku macam jadual dekat sekolah. Korang boleh
adjust jadual sendiri ikut kesesuaian.
6.00 am : Bangun tido terus minum air kosong. Baik untuk
kesihatan dan awet muda minum air kosong awal pagi.
7.00 am : Minum ESP untuk tenaga sebelum ke sekolah.
7.30 am : Minum air RO sebelum masuk kelas sebab tekak akan
kering menjerit ngn budak2..hehe
8.45 am : Biasanya habis double period, terus 500 ml air RO habis
!! Hehe
9.20 am : Habis breakfast, terus makan lecithin+alfafa+ 250
ml air RO. Aku memang boleh habis kan 250 ml sekejab jer..breakfast biasanya
aku makan nasi. Sebab tu kena makan lecithin ni.
10.30 am : Pam susu untuk Irfan. Lepas pam mesti minum air
RO + ESP sebab haus sangat2 keje mengepam ni.
12.00 pm : Buat buku rekod sambil minum air RO sebab taknak ngntuk..hehe.
1.30 pm : Kelas dah habis. Minum air RO sambil bergossip
dengan kawan-kawan. Sambil bergossip perlu minum air yer sebab bercakap dengan
banyak ! Lunch dengan kawan2 tersayang.
2.30 pm : Pam susu lagi !! Lepas pam perlu minum air dengan banyak
untuk menggantikan air yang keluar + ESP
5.00 pm : Pam susu lagi + minum air.
7.00 pm : Dinner diikuti oleh lecithin+alfafa+air RO.
8.00 pm : Pam susu + minum air
11.00 pm: Pam susu + minum ESP + air RO
Itulah rutin harian aku. Bila hari2 buat macam ni, memang
akan jadi kebiasaan dan yang penting kena berdisplin ! Nak susu banyak kena
rajin pam dan minum air. Nak kurus kena rajin makan supplement dan minum air.
Pendek cerita, minum air sangat2 penting untuk menghasilkan susu yang banyak
dan agen utama untuk membawa lemak kita keluar dari badan. Dengan rutin aku
yang simple, berat aku sekarang sudah kembali seperti awal kahwin. Cuma area perut
perlu dibaiki lagi !! Hehe
Ingat yer, korang boleh beli barang2 Elken dengan
menggunakan harga member aku. NO PROBLEM ! Jauh beza tau harga member dengan harga
biasa. Tak salah berkongsi benda baik kan? Hehe
~sharing is caring~
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
5 comments
He...he...ni dah package ni cikgu...mengajar sekali mempromote..hehe
ReplyDeletehehe..sharing is caring ;)
ReplyDeleteharga Ro water mmg mahal..tp kesihatan lg penting dr duit kan? hehe
ReplyDeleteair RO kt atas tu azie beli ke?
ReplyDeleteyup..tp kt kg ler, tak bawa ke kl
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.