IG6 Colostrum
January 14, 2013
Apa itu IG6 Colostrum?
IG6 Colostrum adalah susu awal lembu yang diambil seawal 6 jam pertama selepas lembu melahirkan anaknya dan telah dikaji dan dianalisa secara terperinci oleh Minnesota Valley Testing Laboratories dan College of Veterinary Medicine, Cornell University bahawa ianya menepati USRDA dan 100% asli.
Hah !! Panjang lebar penerangan Cikgu Norazimah yer..kalu dah dasar cikgu, memang suka cakap panjang lebar ni. [smile]
Aku bercerita mengenai benda ni sebab aku adalah pengguna produk ni. Harus diingat, aku tak suka share produk yang aku sendiri tak tahu keberkesanannya. Di blog ni, semua produk yang aku cerita adalah produk yang aku makan or guna sendiri yer.
Sambung semula carita tadi, ingat lagi tak cerita Irfan kena pneumonia? Lepas kuar hospital jer, aku terus paksa hubby aku bawak gi outlet elken dekat banting cari IG6 Colostrum ni. Tu pon selepas dibebel oleh ayah aku merangkap bapak mertua hubby aku supaya diberi Irfan makan IG6 Colostrum ni.
Kenapa Irfan perlukan IG6 Colostrum ni?
Kenapa Irfan perlukan IG6 Colostrum ni?
- IG6 Colostrum ni boleh menguatkan antibodi Irfan
- mengandungi Insulin Like Growth Factor 1 (IGF -1) yang mengawal kadar peningkatan / penurunan sistem imunisasi
- menguatkan fungsi hormon, pertumbuhan, pembinaan otot dan pembakaran lemak
- terlibat dalam pertumbuhan sel-sel kulit dan tulang
- mampu melawan jangkitan virus (cth: SARS..IG6 Colostrum mampu membangunkan se-sel paru-paru dengan cepat untuk menghalang pneumonia akut di mana virus-virus yang menyebabkan pneumonia akut ni berupaya menghalang pertumbuhan antibodi dalam badan manusia) [sesuaiiiiiiiiiiiiiii sangat untuk Irfan]
- membantu kita menurunkan berat badan [eh !! ni untuk aku..hehe]
- menghilangkan kedut/melambatkan penuaan [sesuai sgt ler untuk mama Irfan]
- menyembuhkan luka dengan cepat
Bagaimana dengan rasa IG6?
Sebagai seorang mama yang prihatin akan kesihatan anaknya, aku hanya bukak kapsul dan campurkan dengan susu badan. Rasa dan bau macam susu tepung. Kadang-kadang tak sempat nak suamkan ebm, aku just campurkan dengan air RO dan bagi kat Irfan..memang tak ada masalah sebab bau dan rasa mcm susu tepung..
Jadi....jangan tunggu sampai anak anda bermastautin di Hospital baru nak try IG6 Colostrum.
~Mencegah lebih baik dari mengubati [Pesanan ikhlas dari CIKGU NORAZIMAH]~
1 comments
kalau saakit lutut, boleh ke?
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.