Apa yang lelaki mahu dari WANITA

January 21, 2013


Salam 1 Malaysia..

Hari ini Cikgu Norazimah berbesar hati berkongsi tentang buku Act Like A Lady Think Like A Man dengan semua kaum wanita sekalian..chewah ! Penulis buku ni Steve Harvey merupakan seorang pelawak, jadi penulisan dia memang ringkas dan mudah difahami. Buku ni memang best tau..khusyuk jer baca masa assembly monin sampai Miss G cakap pon tak perasan..[sori yer boss..hehe]


Buku ni boleh didapati di kedai buku berhampiran anda dalam version BI or BM. Jangan cari dekat kedai beskal lak, confirm takde ! Harap maklum, aku tidak dibayar untuk mempromosi buku ni yer, sajer berkongsi dgn anda di luar sana. Kenapa buku ni BEST? Sebab buku ni membwa wanita masuk ke dalam fikiran LELAKI dan menjelaskan konsep serta menjawap soklan seperti :
  1. Hukum 90 Hari : Adakah wanita juga perlu meletakkan lelaki dalam tempoh percubaan?
  2. Bagaimana mengenali 'Anak Emak' dan apakah cara bagi mengatasi situasi ini?
  3. Bilakah waktu yang sesuai memperkenalkan bakal pasangan kepada keluarga?
  4. Bagaimanakah membaca interaksi pertama antara keluarga dan bakal pasangan anda?
  5. Lima soalan yang perlu diajukan kepada lelaki bagi mengetahui sama ada dia serius ataupun tidak dengan anda?
Nak tahu lebih lanjut kena baca sndiri la yer..hehe

Apa yang paling aku suka ialah part 3 Perkara Yang Diperlukan Setiap Lelaki. Korang rasa apa? Jangan terkejut tau..lelaki hanya memerlukan: 
  1. Dorongan : Memang lelaki diciptakan untuk bekerja dan wanita tugasnya menjaga harta suami dan mendidik anak. Dalam Islam pon menyatakan benda yang sama. Para lelaki memerlukan kata-kata yang mendorong daripada wanita seperti "Sayang..tidak terbalas jasa yang sayang curahkan kepada saya dan anak-anak" dari seorang isteri. Atau pun cukuplah menyatakan TERIMA KASIH atas apa yang telah mereka lakukan dan jangan salahkan mereka sekiranya gagal memberikan duit yang banyak. Hanya dorongan yang mudah, mereka akan rasa dihargai dan percaya lah mereka akan cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik kepada isteri atau wanita yang disayanginya. Simple kan? So, jangan kedekut menyatakan TERIMA KASIH kepada lelaki yang anda sayang..hehe
  2. Kesetiaan : Bagi lelaki, cinta bermakna setia. Maksudnya, walau apapun yang terjadi kepada lelaki tersebut seperti dibuang kerja atau apa2 yang menjatuhkan dia, sekiranya wanita yang disayangi mampu setia di sisi..percayalah..CINTA lelaki tersebut akan kekal sampai hujung nyawa. [wah !! camtu sekali kan? dasyat2]
  3. Seks : Ni paling surprise. Penulis menyatakan lelaki memerlukan seks seperti kita memerlukan udara. Fuh !! mcm tu sekali perumpamaan. Tapi sebagai orang Islam, kita mempunyai pegangan. Tepuk la dada tanya lah IMAN. [wink] 
Memang terkejut kan? Tapi itu adalah hakikat..[smile]

Tapi ada satu contoh yang membuatkan aku ketawa bila baca. Penulis bagi contoh perbualan antara 2 gadis.

Gadis A : Saya tiba di pejabat pagi tadi dan belum pun sempat duduk di tempat saya, saya lihat Sarah sedang membancuh minuman. Kamu tahu, perempuan tu memakai baju yang sama yang saya beli tempoh hari?
Gadis B  : Betulkah? Baju yang mana satu?
Gadis A : Baju yang berwarna biru, yang bercorak bunga oren yang saya beli di Sogo masa sale!
Gadis B : Maksud kamu yang kamu jumpa tersorok di belakang rak yang berharga RM29.90 tu? Hari yang sama saya beli kasut saya di kedai sebelah tu?
Gadis A : Betul ! Saya pakai baju tu ke pejabat semalam. Bukan kemain dia puji baju tu. Saya tak sangka dia pula berkejar mendapatkan baju tu, kemudian pakai pula ke pejabat ! Kamu agak apa perasaan saya?
Gadis B : Biadap sungguh ! Apa betul yang kamu ceritakan ini? Dia memang dasyat, teruk betul.....

.....sampai la berjam-jam perbualan ini. Tapi beza pula bila bercakap dengan LELAKI. 

Gadis A : Saya tiba di pejabat pagi tadi dan belum pun sempat duduk di tempat saya, saya lihat Sarah sedang membancuh minuman. Kamu tahu, perempuan tu memakai baju yang sama yang saya beli tempoh hari?
Lelaki B : Betul? Jangan pakai baju tu lagi.

Hahahahaha..betul tak? Berbeza nya lelaki & perempuan kan?


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.