10 Pantang Irfan

January 20, 2013


17 Januari 2013 ni, genap la 5 bulan my bujang. Fuh! Dah macam2 kerenah nyer, berat dah susut sikit sebab sangat2 la aktif. Tidur atas katil dah mcm main perang2 sebab keliling katil ada bantal wat pagar. Nak bagi tidur atas baby cot, mls nk bangun mlm amik si kechik ni bagi susu. Lagi senang menyusukan sambil baring, dengan mama dier sekali tidur daa..hehe. Budak bambam ni memang enak dipeluk, mesti agak pelik perasaan mama bila si comei ni tidur dlm baby cot, tak nak..tak nak ! Biar la baby cot jadi tempat letak baju Irfan n mama jer..hehe

Alhamdulilah, smpai sekarang masih lagi fully bf. Stok ebm penuh dalam freeze dkt umah mak mertua n umah KL. Impian nk beli deep freezer untuk simpan stok ebm, tapi rasa cam membazir lak. Takper la, simpan sikit2 jer, masa pump pun dah dipanjangkan. Biasanya, siang aku pump 3 kali n mlm 2 kali..tengok pada tahap kesibukan aku..hehe . Alhamdulilah, sekali pump paling cikit pon dapat 4oz. Tu pun kalu guna manual breastpump. Kalu guna my lovly spectra, kejab2 pon dapat 7oz. Itulah rezeki Irfan. InsyaAllah, niat nak menyusukan Irfan smpai 2 tahun. Semoga niat aku yang suci murni ni dapat tercapai. [smile]

Bila makin membesar ni, bnyak lak pantang si kecik ni. Jom kter tgk apa pantang my bambam ni..

10 Pantang Irfan

  1. Pantang letak, mesti nak terus meniarap n pusing merata-rata
  2. Pantang tengok kamera, dari menangis terus diam bila orang amik gambo dier
  3. Pantang jugak tengok hp, tahu jer mama dier tengah record, terus diam atau wat muka chomel tak nk bising2..
  4. Pantang tengok laptop, mesti nak ditekan-tekan n dipicit-picit keyboard tu. Dia ingat mainan ker, dh le mahal, isy2
  5. Pantang tengok video baby nangis, terjerit-jerit dier excited [mcm nak adik jer..hehe]
  6. Pantang tengok kotak tisu, terus diketuk-ketuk n dimakan tisu tu
  7. Pantang tengok iklan kat tv, terus berhenti segala aktiviti dier masa tu
  8. Pantang dengar suara ayah dier, terus tergedik2 minta didukung
  9. Pantang masuk keta, mesti nak tidur, then bila keta stop, terus jaga..hehe
  10. Pantang tengok surat khabar, majalah, buku dan segala hardcopy, mesti direnyuk-renyuk n dimakan-makan..[smile]



~ Walau pun my chomei ni agak berisi n bambam, tp sgt la aktif n cepar meniarap. Sekarang ni dah mara n start merangkak lak..hmm..lagi cepat ler terbakar lemak mama Irfan ni duk mengejar anak bujang sorang ni..hehe ~

~Irfan gayat !! haha..budak bambam ni memang tkut tinggi2..muka cuak jer..[smile]~

~Ini la dier anak KK ! walaupun comei..tp garang & aktif !! ~


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.