Petua Ibu Hamil

December 28, 2012

Petua Ibu Hamil

Sekarang ni hari2 hujan..banjir sana-sini, so apa aktiviti korang semua? Mesti yang dah kahwin tu, mengeram jer dalam bilik kan? Bak kata sorang kawan aku tu, sekarang ni musim orang mengawan, so tunggu ler bulan 8 & 9 nanti penuh ler hospital orang nak bersalin !! hehe [anak2 dara abaikan ayat2 ini yer..xoxo] 

Aku dengan rasa baik hati dan berbangga ingin berkongsi dgn bakal2 ibu di sana petua ibu hamil yang aku research dari En. Google.

MAKANAN Yang Patut Dielakkan...
  • Minuman Bergas [kadang-kadang hentam gak air revive fav aku tu]
  • Kopi, Teh Tarik [cappucino aku hemtam masa preggy 7 month..hehe]
  • Makanan Junk Food - banyak MSG boleh tengok kat label... [ala..ni pon aku hentam gak masa buat rancangan mengajar]
  • Segala bentuk asam2 jeruk kering seperti asam boi..dan jeruk basah macam2 warna diawetkan warna kuning dan merah, jeruk mangga, jeruk buah2 masam [aku memang tak suka asam2 ni..memang tak hentam la..hehe]
  • Makanan nugget, burger, hotdog [ni makanan menggemokkan..ketagih sgt makan ler 2 bulan sekali..jadi ler..hehe]
  • Makanan jambu batu dengan asam [aku suka jambu batu sahaja, taknak asam2 ni]
TABIAT yang patut dielakkan
  • Tidur lepas subuh [haha !! tabiat buruk yang paling sukar dibuang..tolong maafkan saya yer..hehe]
  • Duduk terlalu lama, kena banyak buat streching/renggangan dan bergerak [aku sokong !!]
  • Posture duduk yang tak betul..kena duduk tegak [ni pun ada betulnya, kalu asyik bongkok jer bukan sahaja sakit belakang, tapi nampak tak elegan !!]
  • Tidur membelakangkan suami [Tengah tido takper kan? ]
  • Tidur lepas asar [Yup ! Kalu tdo lepas asar mmg badan jadi penat sangat]
  • Kurang/Tidak baca Al Quran - Kurang/Tidak solat wajib [Masa preggy kena la jadi lebih baik sebelum preggy sebab anak akan ikut character mama dia]
PERKARA yang perlu dibuat
  • Banyakkan beramal...bersedekah...zikir [tak preggy pun kena buat gak yer..sama jer. Asalkan benda baik]
  • Banyakkan layan suami dari aspek layanan seks, makanan, mengurut dsb [no komen..hehe]
  • Banykkan berkata dengan kata-kata yang baik...buat baik dengan orang lain....jangan suka menyakiti orang lain atau suka menyusahkan orang lain [masa preggy mmg kesabaran kurang dgn pelajar, ayat lembut marah budak "Ubi kayu betul kamu ni !!" hehe]
  • Konsisten makan sunnah rasulullah seperti kurma, madu, susu kambing,  terutama pada waktu pagi.[betul2 !!]
  • Kenalah cari orang yang pandai mengurut bagi membetulkan kedudukan rahim, [aku ada bidan kampung fav dekat kampung laki aku, sepanjang preggy 3 kali mengurut..alhamdulilah, baby ok takde songsang n masa preggy steady jer..habis teruk muntah2 jela]

Petua Ibu Hamil
~Inilah baby bulan ogos hasil projek akhir tahun 2011..peace !!~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.