Ayah disahkan mengidap kanser kolon stage 4!
January 15, 2019
Luluhnya hati bila tahu ayah mengidap kanser kolon stage 4! Sel kanser telah merebak sampai ke paru-paru. Ya Allah! CN & adik-adik cuba sehabis baik taknak sedih depan ayah. Sentiasa positifkan ayah bahawa dia boleh sihat macam biasa. Ya! Sokongan keluarga sangat penting untuk pesakit kanser. Buktinya, baru sehari operate ayah dah boleh berjalan aktif & membebel macam biasa!
Semoga ayah terus kuat & positif melawan sel kanser ni ye |
Kronologi Kanser Kolon Stage 4
1. Dari bulan Julai 2018 ayah sudah mengadu tak boleh makan banyak. Bila makan je muntah & cirit-birit. Refer ke klinik doktor cakap sebagai gastrik.
2. Sakit berlarutan sehinggalah ayah warded di Hospital Parit Buntar pada 9 November 2018 disebabkan berak berdarah. Tapi laporan doktor cuma menyatakan bahawa ayah kurang darah (anemia).
3. 17 Disember 2018, ayah dapat panggilan dari Hospital Taiping untuk datang appointment kerana pihak hospital baru menerima laporan perubatan bulan lepas dari Hospital Parit Buntar.
4. 18 Disember 2018, ayah kena warded di Hospital Taiping untuk rawatan selanjutnya. Menurut doktor, ciri-ciri sakit ayah berkemungkinan kanser! Ya Allah, kami adik beradik sentiasa berdoa semoga andaian doktor itu salah.
Semoga ayah terus kuat & tabah melawan sel kanser yang jahat ni! |
5. 21/12/2018, hasil laporan dari ct scan, ayah disahkan kanser kolon stage 4 kerana sel kanser telah merebak ke paru-paru! Ya Allah, lemah kami mendengarnya. Tapi cuba sekuat mungkin tidak menangis depan ayah. Kami cuba bergurau & positifkan ayah bahawa kanser ni tak ada apa-apa.
Ayah yang masih lemah selepas operation |
Sebahagian kecil usus yang dikeluarkan |
6. 22/12/2018, operation pertama ayah iaitu keluarkan sedikit usus & selepas ini ayah memerlukan stoma bag untuk membuang air besar. Alhamdulillah, tiada masalah untuk operation ini.
Muka ceria ayah dapat minum Hot Latte McCafe |
7. 24/12/2018, ayah boleh discharge. Next appointment adalah pada 31/12/2018.
Tengah tunggu surat doktor untuk discharge |
8. Sepanjang dirumah, ayah berselera makan & ceria sebab seronok di rumah. Muka ayah pun masih berseri.
9. 31/12/2018, first appointment selepas discharge. Doktor membacakan laporan perubatan selepas operation. Masih tiada apa-apa keputusan yang dibuat. Tapi doktor meminta kami menyediakan duit untuk kos chemo port. Harga chemo port semua tidak pulak dinyatakan. Alahai..
10. Next appointment ayah pada 11/1/2019 pula. Bertabahlah ! Bila disahkan mengidap kanser, hospital adalah rumah kedua...
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
8 comments
Semoga ayah cikgu cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteSemoga ayah cekgu cepat sembuh..
ReplyDeleteNasib baik ada muka I so leh la komen 😂
ReplyDeleteSemoga Ayah CN kembali sihat, amiin.
ReplyDeleteSemoga CN dan keluarga tabah..insyaallah allah permudahkan buat CN sekeluarga terutama ayah..
ReplyDeleteKakak kedua abam kie juga penghidap kanser kolon. skrg dia MC dari mengajar. Mungkin setahun lgi dia akan bersara sbb sudah cukup 30 thn perkhidmatan.
ReplyDeleteShafahullah. Moga diberi kesembuhan buat ayah CN dan dipermudahkan segala urusan CN sekeluarga aamiin.
ReplyDeletecamne progress 11.1 tu, CN? moga semakin positif ye.
ReplyDeleteanak2 kena strong utk ayah tau.
maka, kesakitan ayah akan kurang :)
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.