Hiking Bukit Jugra Banting Selangor
December 26, 2018
Hiking di Bukit Jugra | Setelah 7 tahun menjadi warga Banting, baru-baru ini CN berjaya menjejakkan kaki ke puncak Bukit Jugra. Hiking trail kami merupakan trail untuk berbasikal. Dasyat tak trail ni. Memang mencabar ditambah dengan CN yang lama tak exercise, pancit lah jawabnya! Dua kali muntah tau. Itulah, malas sangat nak exercise. Memang badan tak fit. Tapi disebabkan semangat yang kuat & dorongan adik-adik yang excited nak tengok puncak bukit berkabus, akhirnya sampai juga kami ke puncak Bukit Jugra. Layankan jela beberapa keping gambar yang sempat di snap.
Bila jumpa laluan & pokok yang cantik, mesti berhenti untuk bergambar ! Hehehe |
Gambar ni bukan blur tau, belakang CN tu berkabus ye. |
Video Jugra Hill Hiking Trail
Cantik kan hutan di Bukit Jugra ni? Best sangat |
Puncak Bukit Jugra Yang Berkabus
Mungkin kerana hujan lebat malam sebelum kami hiking, pagi tu sampai je puncak..wah! Berkabus! Memang sejuk & nyaman je. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah SWT. Sambil merehatkan badan, sempat kami picnic dengan bancuh kopi O panas sambil cicah biskut & makan roti campur tuna. Fuh ! Bahagia je rasa.
Sesi photoshoot masing-masing |
Keadaan puncak bukit yang berkabus |
Sambil picnic tu, sempat pulak ulat gonggok 'gergasi' datang join kami. Tengoklah video di bawah betapa adik CN si Izzati tu dengan relax je ber'main' dengan ulat gonggok tu. Fuh!
Wajah bahagia setelah selamat turun. Next hiking? Tunggu lah tahun depan pulak ! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.