Jelajah 13 Tempat Menarik di Kelantan dalam masa sehari!

November 02, 2018

13 Tempat Menarik di Kelantan | Alhamdulillah, umur 32 tahun baru CN berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi Che Siti Wan Kembang. Dengan ini lengkaplah jelajah 1 Malaysia CN gituw. Trip 1 hari dari pagi sampai ke malam memang agak penat, tapi seronok sangat ! Apa lagi bila dapat ber'me' time dengan kawan-kawan. Masing-masing travel solo dengan anak dibawah jagaan suami. Bayangkan perasan bujang masing-masing tanpa 'handbag'. Seronok sangat ! Hilang stress kerja semua. Dah namanya blogger pergi travel, mestilah excited untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca tersayang. Hokay, dalam entry ini CN akan ceritakan 13 tempat menarik di Kelantan yang sempat CN & kawan-kawan jejak dalam masa 1 hari.

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Jelajah 13 Tempat Menarik di Kelantan dalam masa sehari!

Itinerary Kelantan

Tiket Murah Air Asia
Rezeki dapat tiket murah Air Asia 2 way RM158 sahaja. Masa perjalanan jadi singkat, so kita boleh buat macam-macam dalam 1 hari tau. CN beli tiket awal pagi 7.35 pagi & sampai di Kota Bharu 8.40 pagi. Just nice tiket 7.35 pagi tu, sempat solat subuh di KLIA 2 tau. Tiket balik pulak 10.10 malam. Memang plan tak ambil tiket last sebab takut delayed. Gatal mulut duk cakap takut delayed, hah, memang flight delayed tau. Pukul 11.10 malam baru boarding ! Bertabahlah...

Video jalan-jalan ke Kelantan

13 Tempat Menarik di Kelantan

Bayangkan, dalam masa sehari CN & kawan-kawan sempat ke 13 tempat menarik di Kelantan ni hokay. Macam padat tapi kami sangat enjoy. Terima kasih sangat kepada pemandu pelancong merangkap bff iaitu Cikgu Syuhada. Tuan rumah yang sangat mementingkan kepuasan tetamu gituw. itinerary Kelantan ini adalah hasil research Cikgu Syuhada tau.

1. Kopitiam Kita [Kota Bharu]

Ramai yang cadangkan CN ke Kopitiam Kita. Kedai viral ni memang patut dikunjungi jika anda ke Kelantan. Sampai je kami ke KB, tempat pertama sudah tentu Kopitiam Kita. Memang penuh dengan orang. Alhamdulillah, tak lama menunggu kami dapat tempat duduk yang best di kawasan tepi kedai dekat dengan tempat bancuh air. Agak lapang disitu berbanding di tengah kedai tempat ramai orang lalu lalang. Menu pilihan kami sudah tentu Roti Titap special. Sementera menunggu roti titap, kami berkongsi nasi tumpang & nasi kak wok. Sebungkus nasi kongsi 2 orang. Memang kenyang! Sedap pulak tu ! Air pulak masing-masing memilih white kopi, nescafe panas, milo 0 & CN memilih nescafe shake. Semua airnya sedap dengan rasa yang kaw. Tak kedekut bahan dorang ni. Milo O tu macam milo sahaja tanpa gula tau. Pekat & sedap.

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
CN sudah ke Kopitiam Kita, anda bila lagi?

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Nescafe shake & roti titap special

2. Bazar Tok Guru [Kota Bharu]

Selepas selesai bersarapan di Kopitiam Kita, destinasi seterusnya adalah shopping di Bazar Tok Guru. Seronok sangat dapat shopping batik murah di sini. CN sempat grab kain ela batik, 2 kurung batik siap & kain batik pasang untuk ibu. Tips shopping di sini, pastikan bawa kawan orang tempatan, memang dapat harga murah tau. Lagi-lagi kawan CN tu kenal pula dengan si penjual. Lagi murah lah harga yang kami dapat.

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Bergambar di tangga Bazar Tok Guru dengan hasil shopping

3. Bazar Buluh Kubu [Kota Bharu]

Di sini kami shopping baju untuk anak dara pulak. Murah hokay baju siap kanak-kanak. I loike!

4. Dataran Rehal [Kota Bharu]

Jalan kaki je dari Bazar Buluh Kubu ke sini, tempat menarik untuk bergambar sebagai kenangan anda ke Kelantan.

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Welfie di Dataran Rehal
tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Tangan tu mesti ada plastik barang! Hehe

5. Bazar Tengku Anis [Kota Bharu]

Berhadapan dengan Kampung Kraftangan & Restoren Nasi Ulam Cikgu, ada pelbagai barangan yang dijual di Bazar Tengku Anis ini. Sempat lah kawan CN shopping seluar batik untuk anak bujangnya. Ramai yang suruh CN lunch di Restoren Nasi Ulam Cikgu yang viral ni, tapi mengenangkan perut yang masih kenyang, kami cuma bergambar sahaja di hadapan restoren tanda sudah sampai di sana! Hehe..

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Cantik kan bangunan kayu belakang CN tu?

6. Serimas Murtabak Raja [Kota Bharu]

Pernah cuba murtabak raja hidangan original dari istana? Anda boleh beli di Serimas Murtabak Raja. CN beli murtabak raja frozen untuk dibawa pulang. Sekotak RM16. Nak cuba katanya.

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Shopping lagi

7. Warung Pak Mat Pulan Pisang [Kota Bharu]

Warung yang terletak di tepi Sungai Kelantan ni memang viral dengan nasi sup serta tehbeng madu buih. Disebabkan masing-masing jenis tak berapa makan banyak, kami cuma mencuba tehbeng madu special dengan aiskrim tehbeng serta sate ikan. Secawan tehbeng madu special dengan aiskrim macam yang CN minum ni berharga RM10. Unexpected, tehbeng ni tak berapa manis. Memang sedap! Takde lah potong kaki sangat!

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Tehbeng madu special 

Nyum nyum nyum sangat kan

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang

8. Pak Weil Akok Salor [Pasir Mas]

Seterusnya kami singgah ke Pak Weil Akok Salor. Ambil akok hasil tempahan awal & terus bayar. Kawan CN sudah membuat tempahan akok sehari awal. Almaklumlah, jika tidak buat tempahan, alamat putih mata lah sebab akok di sini sentiasa sold out! Original akok dengan dibakar secara tradisional. Bahagia je makan sambil pejam mata hokay.

9. Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah [Pasir Mas]

Rumah viral warna hijau ni mesti singgah jika anda ingin membeli dodol & serunding. Ada pelbagai jenis serunding & confirm sedap serta tahan lama. CN habis RM50 je dengan pelbagai serunding & dodol. Puas hati.

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Yeah, dah shopping dekat rumah viral hijau

10. Rumah Cikgu Syuhada

Hah, jangan tak percaya, rumah Cikgu Syuhada termasuk dalam tempat menarik untuk dikunjungi hokay. Dikelilingi sawah padi yang menghijau, tenang je rasa. Sebenarnya niat utama adalah simpan akok & murtabak di dalam freezer rumah cikgu Syuhada serta pelbagai barangan shopping lain sebelum sambung shopping ke Pengkalan Kubor. Yela, kalau bawak barang banyak-banyak ke sana, confirm kena bayar cukai nanti.

11. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Shopping! Tapi sebab taknak bawak balik banyak barang, kami semua shopping coklat je disini. Bahagia je shopping coklat tau.

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Posing ala-ala cover album pulak

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Antara coklat yang dijual disini

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang

12. Pantai Geting [Tumpat ]

Kami ke Pantai Geting bukan untuk mandi manda, tapi untuk dinner di Kak Ton Pattani Cafe yang pernah viral dengan sotong sumbat bakarnya.

13. Kak Ton Pattani Cafe Pantai Geting

Dinner time! Pukul 6 kami sampai ke sini & terus order nasi sebab lunch tak makan nasik. Gedik lapar katanya. Sudah tentu hidangan wajib adalah sotong sumbat bakar, ikan talapia miangkam dan kerabu ayam. Serius sedap! Sotong sumbat bakar yang besar gedabak tu cuma RM18 je. Ikan talapia miangkam tu paling sedap sebab ada 3 jenis sos yang semuanya pedas-pedas. Sangat kena dengan tekak CN yang suka makanan pedas. Licin nasi tau. Kerabu ayam tiada dalam gambar sebab sampai lambat sangat. Nasi dah habis baru sampai, buat ratah jelah. Oh ya, ada bingsu juga di sini. Tapi semua sudah kalah dengan ais, next time lah try bingsu pulak. Overall memang puas hati lagi-lagi dengan harganya yang sangat berbaloi. Harap-harap jangan mahai sangat lepas dah glamer ye sebab confirm repeat lagi kalau ke Kelantan nanti

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Sotong sumbat bakar yang mesti di cuba, RM18

tempat menarik kelantan, Ilternary Kelantan, tempat shopping di kelantan, resort menarik di kelantan, tempat menarik di pasir mas, tempat menarik di rantau panjang, tempat membeli belah di kelantan, tempat menarik di machang
Ikan talapia miangkam dengan 3 jenis sos

Ok, ini sahaja coretan tentang pengalaman CN ke 13 tempat menarik di Kelantan dalam masa sehari. Jika anda rasa bermanfaat, boleh lah kongsikan dengan rakan-rakan. 

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. Wah... Semua best. Nnti ada rezeki bolehlah buat Road trip ke kelantan pulak. Hehe

    ReplyDelete
  2. kelantan pun tmpt best nk jjcm kan. mknn sana pon sedap2

    ReplyDelete
  3. Crash itinerary ni! Sebaik2nya 3h 2 mlm barulah dpt menikmatu semua tempat tu dgn aman.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.