Hari pertama Irfan berpuasa

May 18, 2018

Diari Puasa Irfan |Alhamdulillah, hari pertama Irfan berpuasa dan dia berjaya! Syukur sangat kerana inilah kali pertama dia berpuasa. Memang pelbagai drama pujukan & tangisan. Tapi CN relax & terus memujuk anak bujang sorang ni dan akhirnya dia berjaya berpuasa penuh pada hari pertama Ramadhan.

irfan, anak belajar puasa, belajar puasa, puasa hari pertama,
Irfan Hensem belajar berpuasa


Anak belajar puasa


Irfan mudah untuk dikejutkan. Menu bersahur pada hari pertama cukup ringkas iaitu telur tumis cili. Letak kuah sikit sebagai penambat selera untuk si kecil. Banyak juga Irfan makan. Selepas habis sepinggan, dia terus tidur balik kerana mengantuk yang amat.

Mujur hari pertama puasa PASTI Irfan cuti. Apa lagi sakan si bujang tidur bersama ayah yang juga cuti. Ok, shift pertama sehingga pukul 1 bersama ayah berjaya!

irfan, anak belajar puasa, belajar puasa, puasa hari pertama,
Irfan lebih terbaring masa shift kedua sebab lapar

Shift kedua yang memeritkan


Dalam kereta semasa Encik Suami mengambil CN bermula lah 'drama' Irfan. Merengek-rengek dia cakap "Irfan lapar". CN cuma cakap "Kalau Irfan nak makan, masak sendiri sebab nasi tiada, nak mama masak tunggu petang ni".

Irfan pun diam dan bermain henfon sampai tertidur. Pukul 4 lebih 'drama' Irfan bermula lagi. Kali ini agak kuat tangisan dia sambil cakap "Irfan lapar". CN pujuk dia dan cakap nasi tengah masak.

Mungkin kelaparan yang amat, Irfan kembali tertidur. Sehingga hampir maghrib baru lah CN kejutkan dia.

Alhamdulilah, bukan mudah untuk mengajar anak kecil berpuasa. Hati kena kental. Memang kesian tengok anak kelaparan. Tapi sebagai ibu, kita perlu sabar memujuk anak & menceritakan kelebihan berpuasa ni. Sambil tu bercerita tentang orang miskin yang kelaparan. InsyaAllah, jiwa anak kecil ini kental sebenarnya. Kita sebagai ibu bapa yang perlu menggilap lagi ketekalan jiwa kecil itu.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Tahniah irfan... Anak kita tak berjaya lagi... Hihi..

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah irfan! Alhamdulillah irfan dah besar, dah boleh puasa :)
    http://blognurfarizah.blogspot.my/2018/05/malas-nak-fikir-bawal-ke-shawl.html

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.