Bawa anak-anak ke Muzium Tentera Darat Port Dickson

December 18, 2017

Jika anda ke Port Dickson, jangan lupa singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson (Army Museum Port Dickson). Ada pelbagai tarikan menarik di sini yang bukan sahaja mengujakan anak-anak, malah mak pak nya sekali ! Ini merupakan kali pertama CN ke sini. Walaupun dah banyak kali mandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, tapi tak pernah berkesempatan untuk singgah ke sini. Rupanya Muzium Tentera Darat Port Dickson ni memang tak jauh dari pantai. Confirm lepas ni kalau mandi manda di pantai Port Dickson, sure singgah lagi sebab Irfan Hensem suka sangat ke sini. 

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson

Tempat menarik Port Dickson


Apa yang menyebabkan Irfan Hensem suka ke sini sudah tentu si bujang tu teruja dengan pelbagai kereta kebal askar yang real hokay. Bila sampai je ke sini dah nampak helikopter askar. Apalagi, bersinar-sinar la mata anak bujang CN tu yang memang suka sangat dengan askar. 

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson
Bergambar di hadapan pelbagai model meriam

Kami sekeluarga ke sini sempena cuti umum keputeraan Sultan Selangor yang lalu. Rezeki kami masa sampai ke muzium ada banyak parking dalam muzium. Dah tak perlu susah payah menapak jauh-jauh. 

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson
Bergambar di hadapan kereta kebal, suka betul anak bujang CN sorang tu

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson
CN bersama adik iaitu blogger Miza Talib bergambar bersama anak kecil kami


Naik je tangga batu merah, kami dah teruja dengan pelbagai meriam dan kenderaan askar. Naik lagi ke atas ada model kereta api dan pelbagai model kereta kebal. Ekcited hokay ! Kebetulan masa ke sana ada pameran ketenteraan bukan sahaja dari Tentera Darat, malah dari PDRM dan Bomba. Teruja la si anak-anak CN bersama sepupunya tengok idola mereka ada di sana. 

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson
Irfan bergaya sebagai sniper sempena pameran Tentera Darat di Muzium Tentera Darat Port Dickson

Antara tarikan utama di Muzium Tentera Darat Port Dickson ini adalah terowong sejarah. Irfan agak teragak-agak untuk masuk pada mulanya sebab agak gelap, tapi CN galakkan juga anak bujang tu dan sudah tentu ada pelbagai benda menarik di dalamnya. 

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson
Dari kiri Irfan Hensem, Aqila Firzanah, Dhia Zahra & Afiq Furqan

Ada juga pelbagai model helikopter yang boleh dinaiki. Best tau. Merasa la juga naik helikopter askar ni. Kalau tak tengok dalam tv je..hehe

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson
Irfan Hensem & Dhia Zahra di dalam helikopter

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson

Jika anda followers instagram cekgunorazimah, pasti pernah tengok CN pernah up video Irfan yang takut naik jambatan gantung. Jambatan gantung ni di sini lah. Ada 3 bahagian dan bahagian kedua yang membuatkan Irfan takut untuk teruskan perjalanannya. Disebabkan CN dukung Dhia Zahra, CN terpaksa tinggalkan anak bujang CN sorang ni dekat mak sedaranya. Jenuh la Mak Lang Irfan duk jerit-jerit suruh Irfan pegang baju dia. Alahai la anak..

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson
Bergambar dulu di bahagian pertama jambatan gantung

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson
Berjaya habiskan bahagian pertama jambatan gantung, siap tunjuk peace gituw


Bayaran masuk ke Muzium Tentera Darat Port Dickson


Bayaran masuk ke Muzium Tentera Darat Port Dickson adalah PERCUMA. Waktu operasi pula dari 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson


Jadi jika anda mencari tempat menarik Port Dickson, jangan lupa singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Pasti satu pengalaman menarik untuk anak-anak anda. 



Tempat menarik port dickson, muzium tentera darat port dickson, army museum port dickson, muzium tentera port dickson


Lokasi Muzium Tentera Darat Port Dickson



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. Asalamualaikum tahniah pengisian cuti yang bermanfaat ...banyak ilmu mereka dapat kat Muzium tu Cikgu

    ReplyDelete
  2. menarik.. haritu tak sempat pergi. boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  3. Pernah singgah dulu tapi dah lama la

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.