Drama Dhia di Teluk Kemang Port Dickson
December 13, 2017
Isnin yang lalu sempena birthday Sultan Selangor, CN bersama keluarga kecil kami sempat jalan-jalan ke Port Dickson. Sudah tentu pantai pilihan kami di Teluk Kemang sebab ada macam-macam di sana. Ini merupakan kali pertama kami bawa Dhia Zahra mandi-manda di pantai Teluk Kemang ni. Pada mulanya memang drama sedih sebab menjerit-jerit budak kecil ni gelikan pasir pantai dan takut air laut. Tapi lama-lama terlebih eksited pula Dhia Zahra bermain pasir dan seronok mandi di dalam pelampung pink comel. Mujur drama melayu happy ending hokay! Alahai la anak...
Dhia Zahra muka hepi dapat main pasir |
Drama gembira Dhia Zahra di Teluk Kemang
Tengoklah video di atas, kusyuk anak dara CN si Dhia Zahra bersama abangnya Irfan & sepupu Afiq bermain pasir. Bebas berlari budak-budak ni. Its ok, asalkan mama nampak korang, main lah sepenuh hati ye.
Gambar di bawah pulak Dhia Zahra bersama kakak Aqila bermain pasir. Siap tunjuk peace kononnya tau anak dara sorang tu..hehe
Dhia Zahra dan kakak Aqila |
Mujur hari kami pergi mandi manda tu cuaca tak berapa panas. Kulit agak burn tapi tak berapa teruk. Biasalah, walaupun disapu satu botol sunblock, muka tetap burn hokay. Next entry CN akan cerita pulak aktiviti menarik selepas mandi manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson ini. Stay tune...
CN dan anak-anak bergambar sebelum berangkat balik |
Budak rambut toncet tinggi si Dhia Zahra yang penuh dengan surprise |
Bila bergambar sekeluarga di Pantai Teluk Kemang ni, anak-anak saje je sabotaj |
CN dan Dhia Zahra bersama Maklang & Mak Uda |
Lokasi Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Lama plak akak x pi berkelah kat Telok Kemang...orang dh ramai sgt kan...
ReplyDeleteSelamat datang ke Port Dickson, kampung halaman LeYa... hehehe... Nanti kalau datang lagi roger la LeYa... Kot LeYa ada sana boleh lah bergelak tawa dengan CN..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.