De' Kampung Cafe Jenjarom memang best
October 27, 2017
De' Kampung Cafe terletak tak sampai 5 minit dari rumah mertua CN. Memang menjadi pilihan keluarga jika air tiada di rumah. Almaklumlah, Selangor ni terkenal dengan masalah air tiada. Jadi kalau air tiada memang malas la nak masak sebab jenuh nak basuh bagai. Pilihan utama sudah tentu De' Kampung Cafe yang menawarkan pelbagai menu makanan panas dengan harga yang berpatutan.
De' Kampung Cafe yang terletak di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor |
Nasi Goreng Ayam tersedap di Kampung Jenjarom
Signature dish di De' Kampung Cafe adalah nasi goreng ayam. CN kalau ke sini mesti order nasi goreng ayam tau. All time faveret di sini. Memang recommended ! Dengan sos yang pedas-pedas sweet di tambah dengan ayam perapan, CN percaya pasti anda sukakannya.
Nasi goreng ayam RM6.50 |
Selain nasi goreng ayam, sudah tentu nasi ayam di De' Kampung Cafe menjadi pilihan anak-anak CN. Nasi ayamnya lemak-lemak je rasa. Sedap !
Nasi ayam RM5.50 |
Mee hailam CN tak ingat berapa harganya..hehe |
Sate Kamping De' Kampung Jenjarom menjadi pilihan
Tarikan terbaru De' Kampung Cafe adalah aneka pilihan satenya bersama kuah kacang yang sedap. Antara sate paling sedap sudah tentu sate kambing yang berharga RM1.50 secucuk. Sate daging pilihan Encik Suami adalah garing-garing dengan harga RM1.20 secucuk manakalah pilihan Irfan Hensem adalah sate ayam yang cuma berharga RM0.80 secucuk.
Sate awesome De' Kampung Cafe |
Dhia Zahra peminat setia sate ayam |
Irfan Hensem buat perangai takmo di ambil gambar |
Welfie bersama Encik Suami |
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.