Zero deals di i-City Shah Alam
May 16, 2017
Ingat lagi entry CN tentang kursus CTCS di UiTM Shah Alam? Sempena kursus 4 hari tu, setiap peserta diberi bilik penginapan di Hotel Best Western I-City Shah Alam. Memang best menginap di hotel ni. Sempat la CN bawa family menginap di hotel ni pada hari terakhir kursus sebab roomate dah balik. Kebetulan masa minggu kami menginap di sana, ada promosi Zero Deals dimana masuk PERCUMA untuk sesuatu tempat. Sempena Zero Deals ni sempat la CN masuk ke House of Horror, dating dengan adik ipar naik Giant Ferris Wheel dan bawak anak-anak serta Encik Suami naik Circus Travel.
Zero Deals di i-City Shah Alam |
Bayaran Masuk i-City Shah Alam
Ada pelbagai tarikan di I-City Shah Alam. Anda boleh ke Water World, Snowwalk, City-Walk atau pun berjalan-jalan dan mengambil gambar di City Of Digital Light.
Bayaran masuk i-City Shah Alam boleh rujuk di lamanweb rasmi < http://themepark.i-city.my/ >
Bergambar berlatarbelakang Red Carpet pun jadilah |
Antara tarikan menarik di City-Walk adalah Red Carpet. Tapi disebabkan CN bawak askar, macam tak barbaloi masuk ke sana. House of Horror pulak CN dapat masuk free sempena Zero Deals. Berdebar-debar jantung gak masuk dalam tu. Lagi-lagi masuk dengan adik ipar yang kaki mengusik. Sabo jela. Tapi best tau. Cuma kalau dibandingkan dengan Scream Park di Sunway Lagoon, memang jauh beza kot. Hehehe..
CN & Irfan Hensem bersilang kaki di hadapan pintu masuk Itsy Bitsy |
Terdapat juga tarikan menarik untuk kanak-kanak iaitu Itsy Bitsy. Ada pelbagai permainan untuk kanak-kanak di sini. Mujur kami datang pagi, tiada permainan yang beroperasi, kalau tak habislah duit mama !
CN suka di Itsy Bitsy ni sebab sangat kalerful. Dah macam Alice in the Wonderland gituw.. |
Dhia Zahra agak bermuka ketat sebab awal pagi kot jalan-jalan. Enjin masih belum panas..hehe |
Pada malam 5 May, CN berkesempatan bawak family naik Circus Travel sempena Zero Deals. Masuk PERCUMA. Best jugak naik keretapi tu pusing berapa kali entah, tak ingat tapi agak lama la. Memang terpancar muka puas hati Irfan Hensem tau. Selepas naik Circus Travel, anak bujang CN sibuk ajak masuk City Of Digital Light. Tapi sebab dah malam, suami tak bagi masuk sebab tempat tu terkenal dengan tempat 'keras'.
Gambar family di dalam City Of Digital Light, macam biasa Irfan Hensem akan spoil kan gambo..waaa |
Untuk memenuhi permintaan anak bujang CN si Irfan Hensem untuk berjalan-jalan di City of Digital Light. Selepas bersarapan di Hotel Best Western I-City Shah Alam, terus packing bag dan berphotoshoot di City of Digital Light. Best tau bergambar di sini pagi-pagi. Orang pun tak ramai, boleh buat suka hati gituw..
Jom la layan beberapa gambo kami sekeluarga bergambar di City of Digital Light di awal pagi.
Eksited pulak weolss bergambar di hadapan pintu masuk City Of Digital Light |
CN & Irfan Hensem dah habis eksited, Dhia Zahra boleh pulak buat muka seposen |
Kitorang masih lagi eksited bergambo dengan dinosour |
Okay, kali ni si bambam dah menjerit takut dengan kingkong belakang tu |
Encik Suami konon-konon tak mau bergambar tapi last-last dia yang paling hover ! |
Konon-konon belai harimau..hehe |
Hokay, aksi ini agak hover, mohon jangan viralkan ye gambo ni..heheh |
Lokasi i-City Shah Alam
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 comments
syoknyaaaaaaaa
ReplyDeletebest kan, kalu mlm lagi best banyak lampu2..hihii
ReplyDeletewah..best..bawak bebudak mmg suka bebenor la...
ReplyDeleteseronok juga anak2 ke tempat camni
ReplyDeletenieyl pergi Icity ni last pun masa baru² open..
ReplyDeletedah bertahun x pegi...
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.