Berbaloi menginap di Hotel Concorde Shah Alam
March 04, 2017
Sempena workshop Toyota Eco Youth 2017 yang berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam selama 3 hari 2 malam, CN mengambil inisiatif dengan membawa 1 keluarga menginap di sana. Bertabahlah Encik Suami menjaga Dhia Zahra yang tak berapa sihat sebab kena ceri beri dan Irfan Hensem yang eksited asyik nak mandi di tub bilik je ! Next entry CN akan cerita tentang program Toyota Eco Youth tu ye. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang pengalaman CN menginap di Hotel Concorde Shah Alam selama 3 hari 2 malam.
Hotel Concorde Shah Alam |
Review CN menginap di Hotel Concorde Shah Alam
Bilik CN ialah 1022 iaitu bilik yang terletak di tingkat 10. Bilik ini menempatkan 2 katil saiz king dan mengadap Masjid Shah Alam. Terdapat meja dan kerusi belajar dimana sesuai dijadikan tempat untuk percutian business. Paling best sudah tentu ada tub mandi ! Tapi malangnya, CN tak sempat nak berendam sebab mengadap Dhia Zahra yang tidak sihat.
Berbanding dengan bilik yang kami menginap di Hotel Armada, bilik 1022 agak sempit. Agak terbatas pergerakan anak-anak CN yang super aktif tu. Walau bagaimanapun, CN suka dengan amenities yang bertemakan hitam. Nampak esklusif gituw.
Amenities Hotel Concorde Shah Alam |
Bilik mandi di Hotel Concorde Shah Alam, ada tub gituww |
Bilik di Hotel Concorde juga menyediakan bekas thermos yang agak besar. Sesuai untuk simpan makanan. Tapi CN guna untuk rendam botol susu Dhia! Hehehe
Ruang bersantai di dalam bilik |
Bilik di Hotel Concorde Tidak Kedap Bunyi
Apa yang mengecewakan CN apabila menginap di hotel 4 bintang ini adalah biliknya yang tidak kedap bunyi. Bayangkan CN boleh dengar suara Dhia Zahra menangis dari luar lif lagi sedangkan bilik CN terletak dihujung sekali !
Suara anak kawan CN yang menangis di bilik sebelah pun boleh dengar dengan jelas. Tak ada privasi tau !
Pemandangan Masjid Shah Alam dari dalam bilik 1022 |
Lokasi Hotel Concorde Shah Alam
Hotel Concorde Shah Alam ni bersebelahan dengan Plaza Masalam. Senang sangat nak ke sini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.