Ke Sunway Lagoon Ke Kita
November 08, 2016
Khamis lepas, CN bersama seorang rakan guru dan beberapa orang pelajar tingkatan 3 Gigih telah berjimba ke Sunway Lagoon. Lawatan ke Sunway Lagoon ini sempena meraikan kemerdekaan pelajar setelah habis PT3. Serius, memang tak cukup sehari di sana. Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan sampai sakit-sakit kaki tau.
Pelbagai aktiviti menarik di Sunway Lagoon
Mengapa CN memilih Sunway Lagoon sebagai destinasi lawatan pelajar kelas 3 Gigih ini? Ini kerana taman tema Sunway Lagoon ini mempunyai sistem keselamatan yang terjamin. Tidak risau kes pelajar lemas kerana ramai pekerja baju kaler kuning yang in charge. Mereka juga strict tentang keselamatan customer.
1. Sunway Lagoon Water Park
Sudah tentu tujuan utama ke Sunway Lagoon adalah untuk mandi. Surf beach di Sunway Lagoon memang luas dan cantik. Bayangkan anda berada di pantai di tengah-tengah bangunan tinggi? Fuh ! Seronok tau. Pelbagai permainan air patut anda cuba seperti African Pythons, Congo Challenge, ataupun Cameroon Climb. Paling best sambil mandi anda boleh tengok pelbagai persembahan menarik.
Pantai berpasir di kelilingi bangunan konkrit ! Ko ghaser? |
2. Amusement Park
Bagi mereka yang gila-gila dan sukakan cabaran, anda mesti cuba Pirate Ship. Memang rasa macam nak tercabut kasut bila terapung di atas. Ataupun anda boleh cuba Apache Pots iaitu 'mangkuk' besar dan anda berpusing-pusing di dalamnya. Kalau bawak anak, mesti main Carousel ataupun Merry Go Round. Naik kuda yang pusing-pusing tu! Jangan lupa naik Roller Coaster ye, best sangat !
Cikgu Syuhadah yang sabar melayan kerenah CN seperti kanak-kanak riang di Sunway Lagoon |
Muka eksited naik roller coaster |
3. Scream Park
Jangan tak percaya, CN dah masuk Scream Park ye. CN bersama 5 orang pelajar, asalnya 10 orang dalam group kitorang berjaya mengharungi saat-saat yang mendebarkan di dalam Scream Park. Tak adalah menakutkan sangat, cuma terkejut sebab budak-budak CN duk menjerit sebab CN berjalan last sekali, acah-acah jaga budak-budak ni la kononnya.
Banyak zombi dengan suara yang kuat. Terkejut mak tau. Paling kelakar, ada sorang pelajar CN tercabut selipar sebab berlari dari 'zombi'. Jenuh dia duk menjerit-jerit dekat 'zombi' tu suruh bagi balik selipar dia. Alahai la...zombi tu pun tergelak tau sambil bagi selipar dengan pelajar CN tu. Last sekali jumpa zombi dengan gergaji elektriknya, fuh ! Lintang pukang lari keluar tau!
Bukti CN dah masuk ke dalam Scream Park, tak sempat nak bergambar di dalam tu sebab asyik terkejut je..hehe |
4. Wildlife Park
Mini zoo di Sunway Lagoon ada pelbagai jenis haiwan dari yang liar hingga la yang jinak-jinak. Ada white lion yang 'pemalas' sebab asyik nak lepak je, black panther yang muka garang dan pelbagai jenis burung yang jinak-jinak.
Burung merak yang sporting dan jinak |
Black panther dekat muka garangnya..hehe |
5. Extreme Park
CN teringin sangat nak cuba flying fox, tapi mengenangkan ramai yang beratur untuk mencuba, jadi CN batalkan niat tersebut. Di Extreme Park, CN sempat cuba permainan lompat-lompat di trampoline dan paintball target shooting dengan berjaya shoot sekali ! Nampak macam best G-Force X, tapi serius CN masih sayangkan lagi jantung CN ! Giler oii, 120km/j tau lajunya. Fuh !
Belakang kitorang tu tempat orang buggy jumping, nak try? CN say no ! |
6. Nickelodeon Lost Lagoon
Tarikan baru di Sunway Lagoon iaitu Nickelodeon Lost Lagoon. Ada pelbagai permainan menarik di sini. Memang best. CN dah cuba Monsoon 360, giler macam nak tercabut jantung sebab terkejut tiba-tiba jatuh ke dalam air! Jungle Fury pun best. Pendek kata, semua permainan di Nickelodeon Lost Lagoon memang best dan awesome ! Nickelodeon Lost Lagoon ini merupakan yang pertama di Asia. Anda mesti datang ke sini tau !
Tiket Murah ke Sunway Lagoon
Anda boleh mendapatkan tiket murah ke Sunway Lagoon dengan menempah tiket secara online.
Ada pelbagai promosi menarik yang boleh anda dapatkan. Untuk lawatan ke Sunway Lagoon kali ini, pelajar CN telah berjaya mendapatkan tiket murah dengan diskaun sehingga 30% (harga asal tiket RM120) dan PERCUMA 3 tiket. Untuk menghargai cikgu pengiring mereka, kitorang yang dapat tiket PERCUMA tu ! Weee..
Bukan sahaja tiket PERCUMA, setiap orang mendapat voucher makanan RM15 dan voucher rental RM5. Untung sangat kalau buat lawatan ke Sunway Lagoon ini, memang berbaloi!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 comments
Wah.. bestnya..
ReplyDeletewow bestnya
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok mereka ya...
ReplyDeletebestnya..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.