Cara Mudah Membuat Instant Shawl : Step by step

August 02, 2015

Cara Mudah Membuat Instant Shawl

CN terjumpa cara mudah membuat instant shawl yang dikongsi oleh Aimi Shukri di facebook. Serius sangat mudah dan semestinya lagi jimat kos. Anda bayangkan harga instant shawl paling murah CN pernah jumpa di GM Klang adalah RM15. Tetapi bila jahit sendiri semestinya kos lagi murah dan berbaloi-baloi ! 

Almaklumlah, zaman barang-barang asyik kena GST ni memang kena banyak berjimat. Dengan menjahit sendiri instant shawl ini, anda bukan sahaja boleh bergaya anggun, cantik tertarik, malah boleh berjimat ! Best kan? 

Terima kasih kepada empunya gambar dan tutorial iaitu Aimi Shukri. CN sengaja kongsi di blog supaya mudah untuk dirujuk kemudian. Jom kita berjimat dengan menjahit sendiri instant shawl ni. 


Instant Shawl mudah disediakan




Bentang halfmoon dalam keadaan bahagian depan halfmoon menghadap ats. 
Maksud aimi, kainkan ada depan & belakang. Bahagian depannya menghadap ke atas dan yg belakang menghadap ke bawah



Lipat sblh kiri sekitar 15inch ke 16inch.



Ukur dlm 11inch ke 12inch pada lipatan td dan tanda pd ukuran tersebut



Ukur mcm ni.



Letak jarum dan jahit sedikit pada bahagian yg sudah ditanda tadi. Jahit memanjang ke bawah dlm 1inch sahaja. Jahit sikit je jangan panjang2



Lipat halfmoon sebelah kanan pula sekitar 13inch. Ulang perkara yang sama macam langkah yg sebelum ini.
Cuma beza dr segi ukuran.
Bahagian ni lg pendek dr yang belah kiri tadi.
Dari ukuran 13inch tadi, ukur pula bahagian muka uol pd bahagian ni. Ukuran aimi 9.5inch. Da ukur, tanda dan jahit terus mcm langkah tadi cuma yg ini kene jahit habis sampai bawah yg kita ukur 13inch tadi
 



Mcm ni rupanya bila da lipat dua-dua belah halfmoon td



Inilah rupanya bile da siap. Senangkan. 
Ni belum di terbalikkan. Bila da terbalikkan, bahagian yang pendek akan jadi sebelah kiri dan yang panjang jadi sebelah kanan. Paham tak ni? Haha. Tak reti aimi nak explain macam mana. Maaf la ye kalu uol kompius



Dah siap bole la pakai terus. Yang tak tau nak pakai tu, meh sini nak tunjuk. Sarung bahagian yang kiri dulu, bahagian yang pendek dan dijahit habis tadi



Kemudian sarung bahagian kanan pula. Buat mcm dlm gambar tuh



Da siap sarung, adjust sikit kasi lawa, cantik, comei gitu



Dah siap. Senangkan.



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

11 comments

  1. wah boleh cuba nanti shawl bnyk kat umah menang hadiah GA

    ReplyDelete
  2. wow... cantik sis... pamdainya sis buat... thanks for sharing sis :)

    ReplyDelete
  3. Bagus2...wah..shawl sedia ada tu boleh la try and error mcm ni..hihihi..

    ReplyDelete
  4. terbaikk ! XD tengkiu share. ^^

    ReplyDelete
  5. wah.. nampak senang lah jugak..
    TQ share ^_^

    Jemput baca: 7 tips tambah berat badan secara sihat

    ReplyDelete
  6. Hhee...nice tutor... Cuma MF yg tak minat nak buat...ehhe...

    ReplyDelete
  7. Bagus kreatif tapi agaknya berapa orang akan mencuba setelah membaca atau tertegak mengenai Tutorial ini

    ReplyDelete
  8. wah mudah dan senang je...
    Nanti bolehlah try

    ReplyDelete
  9. wahhh mudah jugak ehh. boleh la cuba nanti :D tq CN!

    ReplyDelete
  10. Mcm ssah je nk buat utk umur 13 thun...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.