Lepaking di Bagan Lalang

June 16, 2015

Pantai Bagan Lalang

Bagan Lalang, gold coast, sepang

Bagan Lalang merupakan kawasan yang terletak di Daerah Sepang. Disini terdapat pantai untuk beriadah sama seperti Pantai Morib. Bezanya disini agak kurang meriah berbanding Pantai Morib. Tetapi istimewanya Pantai Bagan Lalang ini pula adalah Avani Sepang Gold Coast Resort yang super mewah dan ekslusif. Satu malam saja di sini boleh mencecah RM500 ! Pergh ! Dapat beli henpon baru kan?

CN ke Pantai Bagan Lalang ini adalah untuk beriadah bersama keluarga. CN dengan konfiden first time drive sendiri ke sini bersama ibu, Cik Zaty, ibu QilahFurqan dan anak-anak 3 orang yang kecoh tu. Jalan nak ke Pantai Bagan Lalang ni memang senang. Cuma memandu terus dari Pantai Morib tu sampai jumpa signboard ke Avani Sepang. Hah ! Masuk jela, cari signboard lagi. Senang kan? Hehe

Bagan Lalang, gold coast, sepang
Aksi anak-anak di depan lanskap Avani Sepang Gold Coast Resort

Apabila jumpa port cantik jer, terus hampar tikar dan bukak bekal nasi lemak ayam goreng berempah yang CN sediakan. Bukan senang tau CN nak masak pagi-pagi ni. Tapi demi keluarga tersayang, apa pun sanggup ku lakukan ~!

Asalnya ke sini untuk berehat sambil biar anak-anak main pasir. Tapi lupa pulak Irfan Hensem memang suka pantai. Nampak jer air laut, terus eksited ajak teman dia main air. Dah teman Irfan main air, memang basah la seluar. Mujur di Pantai Bagan Lalang ni ada banyak kedai menjual pakaian. Maka belilah CN seluar comel gambar Minnie Mouse RM15 menggantikan seluar yang basah. 

Bagan Lalang, gold coast, sepang
Irfan eksited dapat main air siap sempat korek hidung lagi !
Sebenarnya Pantai Bagan Lalang ni tak sesuai untuk mandi manda kerana terdapat banyak obor-obor. Next entry CN akan cerita tentang obor-obor besar gedabaq yang kami jumpa. Tapi untuk main-main air tu kira bolehlah. Tak ada pulak rasa gatal-gatal badan lepas main air disini. Kebetulan masa kami ke sana, memang ramai orang yang mandi-manda di sini. Tempat ni memang meriah ketika di hujung minggu dan cuti umum.


Jika anda tidak tahu mahu ke mana dihujung minggu, boleh lah datang ke Pantai Bagan Lalang. Selain pantai, disini juga terdapat banyak restoran seafood dengan menu utama mestilah ikan bakar yang fresh ! Next entry CN akan cerita tentang restoran seafood best di Bagan Lalang. 

Bagan Lalang, gold coast, sepang
Ok, welfie sebelum kita balik ! Wee


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.