PT3 Geografi 2014 : Soalan Kajian Kes

June 26, 2014


Soalan PT3 Geografi : Kajian Kes 

Tugasan untuk PT3 Geografi

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut :

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji

2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut

2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian

2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataaan. Masa pelaksanaan PT3 Geografi adalah dari 1 - 18 Julai 2014. Panduan Pelaksanaan PT3 Geografi untuk murid boleh donwload di SINI

CN tengah berkursus 2 hari tentang cara pemarkahan untuk kajian kes PT3 Geografi ni. Fuh ! 7 kelas nak tanda folio budak..memang tak ada Projek Kuih Raya Mega la gayanya tahun ni ! Kuatkan semangat yer CN ! Hehehe..

Semoga berjaya kepada semua calon PT3 2014 ! 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Kosong
GOLD
Chantal Gonzales
Redefining..

You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.