PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan
June 27, 2014
PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan
Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :
1. Perancangan (10 markah)
: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh.
- Jadual Kerja
- Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)
- Objektif Kajian
- Kaedah Kajian
2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal perlulah ada :
- sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian
- senarai rujukan
- gambar jika berkenaan
3. Proses Akhir (70 markah)
: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
- Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat.
- Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
- Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
- Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
- Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh.
Tempoh masa yang diberi adalah dari 1 hingga 18 Julai 2014.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
31 comments
salam cikgu..; nampaknya makin susah pulak skrg ni murid belajar..; kalau dulu subjek geografi kena lebih menghafal peta saja..
ReplyDeleteapa pun cara/kaedahnya..sesuatu yg terbaik adalah untuk mereka juga..semoga guru2 terus semangat berkorban masa dan tenaga.
Perubahan selari dgn perkembngn semasa,harap pelajar dpt la buat kajian kes ni ;)
DeleteRindu la dgn geografi ni..pmr dulu smpai nk muntak bca soalan objektif..
ReplyDeleteCN mmg suka sgt subjek geo sbb cikgunya best ;)
Deletedulu akak memang minat subjek geo sebab cikgunya baik :)
ReplyDeletebiasanya cikgu geografi best2 ! hehehe
DeleteDh mula dh tugasan pt3 kan... Tahniah CN, smngt lebihdr pljar..
ReplyDeleteSaya amat la tk pahamm aduh
ReplyDeleteSalam cikgu. Bagi bahagian takrifan, saya perlu buat takrifan pencemaran alam sekitar atau pencemaran yang telah saya pilih(contohnya pencemaran air)?
ReplyDeleteTerus spesifik dgn pencemaran yg dipilih ;)
Deletepentakrifan pencemaran yang dipilih. kalau pilih pencemaran air ...buat takrifan pencemaran air. wiki kan ada
ReplyDeleteBetul tu,utk takrifan boleh amik dkt internet je ;)
Deletetolong saya cikgu! saya tak tahu macam mana buat pengagihan kerja,objektif kajian ,dan kaedah kajian!bagilah sikit idea?
ReplyDeletejadual kerja mengandungi pengagihan keje, objektif kajian berdasarkn soalan kamu dan kaedah 3 sudah la ..
DeleteCikgu semua perkara di atas 👆perlu dibuat dalam helaian kertas atau buku folio ?
ReplyDeletehelaian kertas dan distapler mjadi 1 folio ;)
DeleteCikgu ? Pengagihan kerja tuu mcm mne ? Dah cari tapi langsung tak jumpa, harap cikgu bole tolong :)
ReplyDeletepengagihan keje dalam bentuk jadual kerja, boleh tanya cikgu geografi kamu yer ;)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteCikgu, apakah format jadual kerja? Dalam bentuk karangan ke?
ReplyDeletedalam bentuk jadual yer
Deletetumpang tanye sekejap cikgu~~ proses akhir itu ialah dalam bentuk ape ye?? :)
ReplyDeletebentuk karangan ;)
Deletecikgu tak de pencemaran air ? semua udara ... ._.
ReplyDeletecikgu...rumusan perlu dibuat x? sbb cgu geo sye ckp tak pyh buat..sye kelirulah
ReplyDeletetak payah buat yer..
DeleteAssalamualaikum cikgu..saya nak tanye ,cikgu cakap yang pengagihan kerja tuh digalakkan untuk buat dalam bentuk carta alir kan???boleh x tolong terangkankan macam mana nak buat carta alir tuh bersama dgn isi-isi??? pliss komen ASAP...tqvm cikgu......
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu...sye nk tnye boley x terangkan macam mana nk buat pengagihan kerja tuh dlm bntk carta alir bersama dgn isi-isinya sekali???pliss komen ASAP...tqvm cikgu...
ReplyDeletepengagihan keje dlm bentuk carta alir adalah format thn lps, thn ni dah tak perlu carta alir. Cuma jadual kerja
Deletecikgu, macam mana nak buat jadual kerja dalam bentuk format yang betul????
ReplyDeletejadual kerja tiada format yg khusus, yg pentng mesti ada pengagihan masa tugas itu dijalankan dari hari mendapat soalan hingga hari hantar tugasan
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.