RELA oh rela
May 12, 2013
Hari ini Cikgu Norazimah ingin bercerita tentang RELA atau Ikatan Relawan Rakyat Malaysia. Bila sebut RELA, mesti korang terbayang orang pakai uniform hijau topi kuning..kan? kan? Pastu mesti terbayang anggota RELA ni duk menjaga jalan masa kenduri kahwin..kan? kan? Tak baik tau fikir camtu.....
Untuk pengetahuan u all, anggota RELA ni merupakan barisan ketiga anggota keselamatan negara selepas ATM dan PDRM. Hebat kan? Anggota RELA yang berdaftar dan telah pergi kursus juga ada permit untuk menangkap PATI ( Pendatang Asing Tanpa Izin). Masa PRU 13 aritu, anggota RELA banyak membantu PDRM menjaga suasana pilihanraya supaya terkawal. TERIMA KASIH kepada anggota RELA !
Kenapa Cikgu Norazimah bersungguh-sungguh bercerita tentang RELA ni? Ini kerana Cikgu Norazimah juga merupakan salah seorang anggota RELA yang berdaftar dan ingin menukar perspektif orang ramai bahawa anggota RELA bukan setakat menjaga lalu lintas ketika kenduri kahwin, tetapi mempunyai skop tugas yang lebih besar !
Hokay, dah nama pun RELA, mesti tugas pun secara sukarela. Tapi ada juga elaun mengikut jam bertugas yer..no money no talk ! Tujuan utama Cikgu Norazimah menyertai RELA ni kerana dipaksa rela oleh bapak mertua ku yang hensem kacak bergaya merangkap orang kuat RELA Kuala Langat. Siapa tak kenal Haji Zaidun Rukiman, ketua RELA Jenjarom? Habaq mai kat che ! Bak cakap bapak mertua ku, kalau dia jadi wakil rakyat, CONFIRM menang sebab anggota RELA WAJIB sokong ketua dorang yer !! hehehe
Memang masa mula2 dengar RELA ni, terbayang dimata orang jaga laluan lalu lintas masa kenduri kahwin. Tapi itu dulu ! Kini Cikgu Norazimah juga mengetahui bahawa dengan menjadi anggota RELA yang berdaftar, korang juga akan mendapat manfaat seperti :
1. Perlindungan insuran berkelompok secara percuma
2. Pakaian seragam operasi secara percuma
3. Peluang mengikuti kursus dan latihan secara percuma dengan dibayar elaun dan disediakan tempat penginapan dan makanan secara percuma
4. Meningkatkan peluang pekerjaan dengan lain-lain agensi dan syarikat keselamatan
5. Mendapat kemudahan kesihatan percuma di hospital kerajaan
dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan. Boleh tengok website RELA yer.
Kenapa Cikgu Norazimah mempromote kan RELA ni? Kerana ramai orang tak percaya aku ni anggota rasmi RELA tau ! Sakit hati tul, pe dorang ingat Cikgu Norazimah yang anggun berkebaya tak boleh berkawad ker? Aku siap berkawad masa preggy 3 bulan dulu tau sebab pegi kursus pengenalan RELA. Ingat preggy dapat pelepasan berkawad, tapi encik bapak mertua suruh angkat2 kaki juga bagi nampak berkawad ala-ala exercise untuk menunjukkan semangat yang tinggi sebagai menantu Haji Zaidun ! Chewah ! Lepas tu kan, masa kursus pengenalan pun, aku ingat nak melarikan diri dengan adik, ala, menantu Haji Zaidun kan, sape nak marah? Tapi ..kantoi lak dengan sorang akak tu, dia siap cakap, " Hah ! Jangan nak lari, tunggu smpai habis yer ! " Ala..hehehehe.
So pembaca tersayang, jangan tunggu sampai tua baru nak join RELA yer. Mendaftar ler sekarang. Boleh pegi website rasmi untuk pendaftaran online. Isi lah masa lapang yang ada dengan menyertai aktiviti2 berfaedah melalui RELA. Salam sayang...
~ Pesanan khidmat masyarakat dari Cikgu Norazimah ~
4 comments
dah join rela, tapi sampai sekarang kad keahlian rela diorang tak bagi lagi.. pastu elaun rela diorang kebas semua.. haha..
ReplyDeleteboleh report tu dek oi..jangan sampai dibuli yer..kita ahli RELA berdaftar..ada akta sendiri..dun wori..hehe
DeleteLeh pinjam senapang patah...
ReplyDeletexde senapang ler bro..kena ada permit..hehe
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.