8 Persamaan Cikgu Norazimah & Nora Danish

March 10, 2013

~ Apakah persamaan Cikgu Norazimah & Nora Danish? ~
Salam..

Apa khabar hari anda ? Adakah ceria seperti selalu ataupun diselubungi sedeyyyy? Its okay, takmo sedey-sedey..meh Cikgu Norazimah berkongsi cerita antara Cikgu Norazimah & Nora Danish. Baiklah, sebelum memulakan cerita, meh kita cerita sikit tentang Nora Danish ni. Aku cedok dari murai.com.

NAMA SEBENAR: Nora Danish Mohd Hanif
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982
TEMPAT LAHIR: Kuala Terengganu, Terengganu
PENDIDIKAN: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)
PROFESION: Pelakon, model
TINGGI : 160 cm
STATUS: Janda
ANAK: Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram

Ok, sekarang cerita sikit pula tentang Cikgu Norazimah.

NAMA SEBENAR: Norazimah Abd Talib
TARIKH LAHIR: 15 April 198x ( muda dari Nora Danish yer)
TEMPAT LAHIR: Klang, Selangor
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Komputer (UNIMAS)
PROFESION: Guru
TINGGI :
155 cm
STATUS: Isteri
ANAK: Muhammad Irfan Mohammad A'imullah


Mesti korang tertanya-tanya, kenapa lah Cikgu Norazimah ni duk sibuk mencari persamaan dengan Nora Danish ni kan? Alkisahnya, En. Hubby terlalu minat dengan Nora Danish ni. Asyik duk bercerita pasal angan2 nya nak jadikan Nora Danish ni isteri kedua dengan alasan membantu janda..dush !! Man is always man right?

Cemburu ? Sikit pun tak, sebab aku tahu tu hanya gurauan. Kalau dia berani buat betul2..tahu la aku nak watpe nanti !! [muka garang] Tapi agak geram dan bosan sebab Nora Danish adalah topik faveret nya untuk mengusik aku. Memang dasar kuat menyakat..thats my hubby. So aku dengan tekad dan bersemangat, cuba mencari persamaan antara aku dan Nora Danish supaya En. Hubby tidak sekali-sekali mencuba untuk memperisterikan Nora Danish. NO!! NO!! NO!!

Sebab tu, tercipta lah entry ni sempena mencari persamaan antara Cikgu Norazimah dan Nora Danish. Yela, bila bini dia banyak persamaan dengan Si Comel Nora Danish, tiada ALASAN lagi mahu mencari yang ke-2.. jom tengok apa yang telah aku jumpa.....hehe

Persamaan Cikgu Norazimah dan Nora Danish
1. Sama-sama mempunyai pangkal nama NORA
2. Dilahirkan di tempat bermula huruf K
3. Mempunyai seorang anak lelaki yang comel
4. Kami dua-dua COMEL .. [hehe..terpengaruh jab dengan Kak Ton]
5. Ceria dan sentiasa tersenyum ["yang penting kita enjoy"]
6. Berkulit cerah & bersih..alhamdulilah, kurnian Allah S.W.T
7. Kurus dan ramping .. [Cuma Cikgu Norazimah buncit sikit jer, xper, small matter, boleh adjust lagi]
8. Ramai peminat..jgn tak percaya, kalau aku pergi Selayang Mall tu, mesti ada jer budak duk tegur "Hai Cikgu !!" sambil terjerit-jerit. Biasanya peminat je kan akan buat macam tu, betul tak? hehe


~ Jangan marah yer Nora Danish, I Love u ~

You Might Also Like

16 comments

  1. Persamaan no 8 itulah yang hebat sekali :)

    ReplyDelete
  2. ok ok ada gak lah skit2 so so lah ada iras2 skit skit je lah pung hahahaha

    ReplyDelete
  3. yela,, amik la,, muja bagi,, hahaa,,, muja follow sini,, cikgu cikgi,, hehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha...lebih kurang sama ngan wan & wifey kt umah. Wan plak slalu nyakat wifey wan dgn wawa zainal sbb wan minat dia. huhuhu...kdg2 bukan apa, sonok tgk gelagat wifey kita ni bila kita kata kita minat someone. walaupun dh tentu x jadi kenyataan, wifey kita yg konon2 tak cemburu, belakang2 dok compare jugak dgn org yg hubby minat. bukankah itu tandanya cemburu juga? hehehehehe.....sekadar kongsi cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ala, mulut jer ckp tak cemburu, konon2 cool, tp dlm hati mmg berasap jer, dulu ada juga hubby duk puji2 wawa zainal ni, sabo jela..

      Delete
  5. he he he... ini entry cam dalam masa yang sama tu nak bagi tahu sesuatu jer kat encik hubby tu ek? la la la la... ala...hebat2 Nora Danish pun, hebat lagi cikgu Azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mesti ler tak nk kalah ngn nora danish tau

      Delete
  6. Wah..comeynya..sama-sama comey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..make up !! semua orang kalu make up mmg confirm comel !

      Delete
  7. Hhahaha.. apakah yg sedang aku baca ni..??

    ReplyDelete
  8. dua2 tak kenal saya..ini fakta yg betul..ehehe

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.