Pneumonia Pada Bayi : Pengalaman Seorang MAMA
December 18, 2012
Pneumonia Pada Bayi
Salam mesra..
Pneumonia pada bayi merupakan fenomena biasa. Pasti ramai yang bertanya apa itu pneumonia? Binatang pa tu? Tu ler soklan ayah CN yang sememangnyer orang kg..so hasil google dan penerangan doktor dapat ler CN terangkan dkt ayah penyakit yang menimpa cucu sulungnyer ini.
Pneumonia atau bahasa mudahnyer radang paru-paru sering menimpa kanak2. Tidak terkecuali anak CN yang debab2 ni. Penerangan ttg penyakit ni anda boleh klik link SINI. CN just nk share pengalaman CN sebagai ibu yang anak kena penyakit ni.
Hari ke-37 iaitu masih dalam pantang lagi baby CN dah demam dan batuk2, kitorg tak tggu lama, terus bawak pegi klinik petang tu. Esoknya masih tak ok..pon tak tggu lamer, terus bawak pegi Hospital Banting..hah!! kat sini Irfan kena nebulizer, ala, sedut oksigen tuh nk bagi kahak cair. Lepas nebulizer, pegi x-ray lak. Adoyai, si kecik ni kena x-ray n amik darah bagai..nak nangis CN tengok, tapi sabo jer..
Result : "Ujian X-ray ni menunjukkan ada jangkitan bakteria pada paru-paru kiri anak puan, tapi tak banyak, so puan boleh balik, kalu ada apa2 terus dtg hospital balik yer". Lebih kurang mcm tu ler ayat doc kat CN. CN n hubby mmg lega dgr ckp doc tu..lupa apa nama doc tu. So blk ler umah, tp mlm tu, my syayang sorg ni mmg buli habis ler mama n ayah dier..meragam jer.
CN sangkakan panas sampai ke ptg, rupa2 nyer hujan di tenghari. Batuk irfan makin teruk. Dada irfan bergerak dgn laju n nampak susah sangat my syayang ni nak bernafas. Ayah mertua CN dh risau tgk cucu syayang dier ni, so lepas mgrib terus suruh CN pakai tudung n bawak irfan pegi Hospital Banting dalam tmpoh tak sampai 24 jam!!
Sampai hospital, xde dah nebulizer, terus amik darah n doc cakap confirm admit. Doc sambungkan irfan ngn mesin yang leh tau pergerakan pernafasan irfan tu, tak tau apa nama binatang tu..DUSS!! pernafasan irfan nampak lemah, doc terus bawak pegi masuk wad baby n suction. CN yg masih dalam pantang berlari-lari anak ikot dorg bawak Irfan.
Ya Allah !! menangis CN tengok doc cina (paed) n nurse suction Irfan for the 1st time. Lepas suction tu, muka Irfan pucat n blue, paed tuh terus call Hospital Klang, tp sana penuh, call lak HKL, Selayang, tp semua tak nak terima kes Irfan. Camne CN tau?CN dgr sendiri doc tu call, pastu Hospital Klang call balik dan accept kes Irfan.
Doc explain kt CN n hubby ttg kes irfan, dia ckp dorg takleh handle kes Irfan sbb tak cukup peralatan n Irfan still baby. Klang pulak ada PICU dgn alat yg lengkap n ramai pakar. CN n hubby mmg terima jer apa cadangan doc tu,yg penting anak kitorg selamat. So CN ikot doc naik ambulance dgn Irfan. Dalam ambulance tuh nangis2 CN tengok Irfan yang pucat dan penuh berwayar. Hanya bacaan yasin yang mampu tenangkan hati CN masa tu.
Sampai Klang, terus masuk ke wad khas kanak2. Katil Irfan sebelah meja nurse (mmg kes Irfan bahaya time tu). So CN tido di Hospital Klang mlm tuh ngn Irfan. Memang tak dapat tdo sbb risau sgt tgk irfan, ada 3 wayar kat irfan -1)masuk glucose 2)dekat hidung untuk pernafasan 3)dkt kaki untuk tahu degupan jantung Irfan. Anda bayangkan mcm mana CN nak angkat irfan bila dia nangis? Memang seksa..tapi mlm tu Irfan kena puasa. Duss!! Lagi teruk ler bdk ni mengamuk tak dapat susu. STRESS!! Hanya Allah yg tahu perasaan dan jiwa CN masa tu.
Tangan demok kena cucuk jarum !! 2 kali kena tukar bnda ni, mula2 dkt tangan kiri then tukar kanan lak c0z irfan yg sangat2 aktif walaupun sakit !!
Anak mama yang berwayar..ibu manalah dekat dunia ni yang sanggup tengok baby dorg berwayar macam ni..hmmm...
Hari pertama & kedua mmg jiwa CN kaco !! Penghasilan susu pon merudum sbb stress. Alhamdulilah, hari kedua doc bagi CN susukan Irfan. Lega hati sebab Irfan ni pantang kalu tak dpt susu, mmg dia mengamuk!! Biar la kena cucuk ke apa ker, dia boleh tahan tapi part susu ni NO! NO! NO! Walaupun agak susah nak susukan Irfan, tapi CN tak kisah asalkan anak CN diberi susu dari bdn CN sendiri. Hari ketiga Irfan muntah 2 kali selepas bf.. doc ckp irfan kena puasa hari tu!! Ya Allah, puasa lagi?
Hari berganti hari, condition Irfan makin baik. CN lak makin selesa bf Irfan, rupa2nyer...wayar2 Irfan ni boleh dipanjangkan, so senang la CN bf Irfan sambil mata menonton TV..hehe. Sepanjang di Hospital Klang,CN sudah pandai memotong kuku Irfan yang omel2 ni !! Jangan tak tau, sebelum ni mak mertua CN yang potongkan kuku irfan ni, CN memang tak berani!! Disebabkan oleh KEBOSANAN yang melampau, so CN jadi pandai memotong kuku anak sendiri..SMILE
Irfan yang omel walaupun still perlukan oxigen untuk bernafas..waktu ni condition irfan dah ok ckt..
Hari ke 6 di spital, semua wayar2 irfan dicabut..Ya Allah !! bahagianyer..CN leh bawak irfan g jalan2 jenguk kawan2 mama dier di wad. Sepanjang di spital ni, mmg keje CN beramah mesra dgn mak2 bdk yang jg anak2 dorg..bila bersembang2 ngn dorg ni, bersyukur sgt anak CN cuma kena pneumonia, anak org lain lagi teruk.. Tak silap CN, sepanjang 7 hari di spital, ada 4 orang baby kena pneumonia. Cuma anak CN kategori baby biasa, 3 lagi syndrom down. Bayangkan perasaan mak2 baby tu kena berulang-alik ke hospital bila anak dorg batuk sebab baby syndrom down mmg mempunyai paru-paru yang lemah.
Wajah2 irfan kebosanan di hospital, actually, mama irfan yang bosan sebenarnyer !! hehe
Ciuman mama untuk irfan..SAYANG IRFAN !! Taknak skt2 lagi tau
2/10/2012..DISCHARGE !! Bestnyer !! Walaupun irfan belum pulih sepenuhnya, tapi irfan leh rehat kat umah jer..lega hati CN.
Suka2 dapat balik umah!! Banyak bnda TAK PAYAH BUAT bila kat umah :
1. Tdo menggigil ngn aircond yang rosak
2. Dikejutkan nurse setiap 6 jam untuk bagi irfan ubat
3. Memegang tangan dan kaki irfan sewaktu suction..part ni mmg CN lega sgt..irfan akan meronta sepenuh perasaan siap meleleh airmata bile di suction
4. Bf irfan sambil berdiri
5. Tido berbantalkan lengan sebab tak boleh baring di atas katil irfan..part ni mmg seksa
6. Makan makanan hospital !! Serius makanan kt Hospital Banting lagi best dari Hospital Klang tau..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Sabar yer..
ReplyDeleteHarap Irfan dah sembuh ye? Anak saya pun baru2 ni terkena pneumonia, tapi alhamdulillah, dah bertambah sihat selepas mencuba beberapa cara. Saya ada share di blog saya: http://fienarizz.blogspot.my/2016/11/pneumonia-pada-bayi.html
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.